Deviant: Satu kajian kes latarbelakang banduan dan baduanita di Penjara Kajang, Sg. Jelok, Kajang / Nazariah Mohd Nathri

Nazariah , Mohd Nathri (1987) Deviant: Satu kajian kes latarbelakang banduan dan baduanita di Penjara Kajang, Sg. Jelok, Kajang / Nazariah Mohd Nathri. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Secara ringkasnya, kajian latihan ilmiah ini dijalankan adalah untuk mengetahui kesan-kesan latarbelakang kehidupan para individu tertentu di dalam mempengaruhi corak perlakuan. Factor-faktor latarbelakang ini dilihat atau diteliti dari segi latarbelakang keluarga, ekonomi, Pendidikan dan persekitaran iaitu kumpulan masyarakat seluruhnya. Dalam bab I, dihuraikan kepentingan kajian permasalahan yang ingin dikaji metadologi yang digunakan serta sampel-sampel para responden yang merupakan kumpulan sasaran bagi pengkaji. Di dalam bab 2 pula, dihuraikan berkenaan dengan konsep-konsep yang diperlukan di dalam kajian serta dijelaskan tentang teori-teori tertentu sebagai dasar bagi pengkaji di dalam menghuraikan permasalahan. Teori-teori tersebut ialah Teori Kawalan oleh Travis Hirschi yang menekankan factor ikatan social di anatara individu dan unit-unit sosial serta Teori Anomie oleh Robert K.Merton yang menekankan masalah rasa keterasingan individu sebagai pendorong ke arah penyelewengan. Di dalam bab 3 seterusnya adalah berkenaan dengan pola-pola penjenayahan di kalangan banduan dan badunita di tempat kajian iaitu di Penjara Sg. Jelok, Kajang. Penghuraian yang dilakukan ialah cuba melihat jenis-jenis kesalahan yang terdapat berkaitan dengan latarbelakang dan juga serta tahap umur. Manakala pada bab 4 dan 5, ditumpukan di dalam menganalisis data-data yang diperolehi. Di sini, akan cuba diteliti bagaimana faktor-faktor latarbelakang yang tersebut mempengaruhi individu tertentu dengan membuat analisis jadual secara perbandingan di antara para pesalah dengan masyarakat luar. Di sini juga diteliti sejauh mana kebenaran yang terdapat pada kedua-dua teori tersebut di dalam mencari penyelesaian atas sebab-sebab individu tertentu terlihat di dalam penyelewengan. Akhir sekali, di dalam bab 6 merupakan kesimpulan dari kesimpulan dari keseluruhan kajian di mana di sini pengkaji akan menyatakan sejauh mana kebenaran di dalam penyelesaian masalah diperolehi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Banduan; Penjara Kajang; Teori Anomie; Penjenayahan; Corak kehidupan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HM Sociology
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 Feb 2020 03:13
    Last Modified: 06 Feb 2020 03:13
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10015

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item