Ahmad Rohaizad , Mohamad (2003) Sistem maklumat alumni, latihan industri, kemasukan & rekod pelajar / Ahmad Rohaizad Mohamad. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem Maklumat Alumni, Latihan Industri, Kemasukan & Rekod Pelajar merupakan satu Sistem Maklumat yang dibina untuk menyimpan maklumat siswa dan siswi Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklunat Universiti Malaya sebagai altenatif kepada sistem yang sedia ada pengguna utama kepada sistem ini ialah pihak pengurusan FSKTM tertentu sahaja yang dibenarkan. Kertas cadangan projek ini memperkenalkan sistem yang akan dibangunkan dan penerangan-penerangan mengenai segala keperluan yang diperlukan dalam membangunkan projek Sistem Maklumat Alumni, Latiban Industri, Kemasukan & Rekod Pelajar. Ia terdiri daripada empat bab atau fasa utama iaitu pengenalan, kajian literasi, metodologi dan analisa sistem dan rekabentuk sistem. Metodologi pembangunan sistem yang digunakan ialah Sistem Kitar Hayat Pembangunan dan Model Air Terjun. Antara keperluan yang akan digunakan untuk membangunkan projek Sistem Maklumat Alumni, Latihan Industri, Kemasukan & Rekod Pelajar ialah VB(Visual Basic). Di bahagian analisa sistem, gambarajah aliran data digunakan sebagai rekabentuk logikal. Rekabentuk logikal membantu pembangun dengan memberikan gambaran awal untuk merekabentuk antaramuka pengguna. Rekabentuk sistem menumpukan kepada pembangunan rekabentuk antaramuka pengguna. Rekabentuk antaramuka pengguna pada peringkat ini hanyalah cadangan akan mungkin akan berubah mengikut keperluan.
Actions (For repository staff only : Login required)