Strategi pembelajaran perbendaharaan kata Mandarin sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi / Lee Ai Chat

Lee , Ai Chat (2017) Strategi pembelajaran perbendaharaan kata Mandarin sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi / Lee Ai Chat. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (239Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (2985Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini dilakukan demi menampung jurang kosa ilmu yang wujud dalam bidang penyelidikan strategi pembelajaran perbendaharaan kata (SPPK), terutama sekali dalam konteks pembelajaran Mandarin sebagai bahasa asing oleh para pelajar Melayu [The Malay MFL (Mandarin as a Foreign Language) learning context] di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena penggunaan SPPK Mandarin serta menerokai faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan SPPK Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu IPT yang mempelajari Mandarin sebagai bahasa asing. Demi mencapai tujuan kajian ini, reka bentuk kajian kaedah campuran penerangan yang terdiri daripada dua fasa pengumpulan data telah digunakan. Fasa pertama merupakan pengumpulan data kuantitatif bagi mengenal pasti tahap dan kekerapan penggunaan SPPK Mandarin oleh para pelajar Melayu IPT secara keseluruhan, serta melihat hubungannya dengan tahap pencapaian perbendaharaan kata Mandarin mereka. Di samping itu, perbezaan penggunaan SPPK Mandarin oleh kumpulan pelajar berkemahiran tinggi (PMKT) dan kumpulan pelajar berkemahiran rendah (PMKR) juga turut diteliti. Sementara dalam fasa kedua pula, instrumen kajian temu bual semi-struktur telah digunakan bagi mengumpul data kualitatif daripada 15 orang informan PMKT dan 15 orang informan PMKR. Objektif utama fasa ini adalah untuk menerokai apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan SPPK Mandarin oleh kumpulan PMKT dan kumpulan PMKR. Keputusan analisis data kuantitatif daripada perisian komputer SPSS (19.0) menunjukkan bahawa secara keseluruhannya para pelajar Melayu IPT hanya menggunakan SPPK Mandarin pada tahap sederhana; walhal pada masa yang sama dibuktikan bahawa penggunaan SPPK Mandarin ini mempunyai hubungan positif yang kuat dengan tahap pencapaian perbendaharaan kata Mandarin mereka. Kajian ini turut mengemukakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan PMKT dan kumpulan PMKR dari segi penggunaan SPPK Mandarin. Walaupun didapati kedua- dua kumpulan tersebut adalah sama-sama paling kerap menggunakan strategi-strategi mengulang kaji pada peringkat awal pembelajaran perbendaharaan kata Mandarin, namun kumpulan PMKT menggunakannya pada tahap tinggi; sedangkan kumpulan PMKR hanya menggunakannya pada tahap sederhana sahaja. Selain itu, didapati kumpulan PMKT adalah lebih cenderung menggunakan strategi-strategi mengingat kembali yang bersifat produktif; manakala kumpulan PMKR pula lebih cenderung menggunakan strategi-strategi mempelajari dan mengingati yang bersifat reseptif. Dari aspek kualitatif pula, hasil analisis transkrip temu bual berdasarkan “kaedah analisis taksonomi” telah berjaya menjanakan tiga tema induk yang didapati boleh mempengaruhi penggunaan SPPK Mandarin oleh kumpulan PMKT dan kumpulan PMKR – (I) faktor-faktor linguistik; (II) faktor-faktor psikologi; dan (III) faktor-faktor bukan-linguistik. Tema induk faktor-faktor linguistik adalah terdiri daripada 4 sub-tema di bawahnya. Manakala tema induk faktor-faktor psikologi pula membabitkan 3 sub-tema. Akhir sekali, tema induk faktor-faktor bukan-linguistik adalah merangkumi 4 sub-tema di bawahnya. Secara tuntasnya, kajian ini telah memberi implikasi pedagogi positif kepada pihak pelajar, pendidik dan penggubal silabus kursus Mandarin. Ia juga turut memberi implikasi dari segi teoretikal dan metodologi. Dari perspektif teoretikal, hasil kajian ini telah memantapkan teori pengklasifkasian SPPK serta menambahbaikkan kerangka dapatan tinjauan lepas tentang faktor-faktor mempengaruhi penggunaan SPPK cadangan Nyikos dan Fan (2007). Dari aspek metodologi pula, kajian ini telah membuktikan kaedah campuran adalah lebih sesuai digunakan untuk menyelidiki fenomena penggunaan SPPK.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Strategi pembelajaran perbendaharaan kata (SPPK); Mandarin; Institusi pengajian tinggi; Pelajar Melayu; Pembelajaran
      Subjects: L Education > L Education (General)
      P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 27 Aug 2020 07:01
      Last Modified: 27 Aug 2020 07:01
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10077

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item