Pekerja sambilan di sektor perindustrian (Satu kes kajian di kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah) / Mohd Zaini Mat. Isa

Mohd Zaini, Mat. Isa (1990) Pekerja sambilan di sektor perindustrian (Satu kes kajian di kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah) / Mohd Zaini Mat. Isa. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Bab 1: Penekanan diberikan kepada tujuan sebenar kajian ini, bidang-bidang pengkajian, method yang digunakan, masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian dan pembatasan terhadap kajian ini. Bab 2: Membincangkan tentang keseluruhan penglibatan kaum wanita dalam bidang pekerjaan khusunya di sektor perkilangan di samping pandangan-pandangan yang diberikan oleh penulis-penulis barat berkenaan hal ini. Penekananan juga diberikan kepada konsep pekerja sambilan. Bab 3: Penumpuan diberikan kepada sejarah kegiatan perindustrian di negeri Kedah, khususnya dan Malaysia amnya di samping penumpuan yang lebih diberikan kepada aspek latarbelakang kawasan yang dijadikan sebagai tempat kajian. Bab 4: Mengisahkan tentang latarbelakang responden yang dijadikan sebagai subjek kajian. Penumpuan juga diberikan kepada aspek-aspek pekerjaan yang mereka jalankan dan analisis secara kritikal dibuat ke atas hasil kajian demi untuk melihat sejauh manakah kumpulan pekerja sambilan ini menerima faedah-faeah yang disediakan dan adakah mereka ditindas oleh pihak majikan di tempat kerja masing-masing dan bagaimanakah masa hadapan mereka suatu hari nanti selaku pekerja sambilan. Bab 5: Dalam bab terakhir ini, penekanan diberikan secara menyeluruh berkenaan dengan hasil yang didapati itu bagaimana dengan apa yang dikemukan oleh pengkaji barat di dalam bab 2. Pengkaji juga mengemukakan saranan-saranan yang difikirkan perlu bagi pihak majikan dalam usaha mereka untuk mengurangkan rasa tidak puashati pihak pekerja terhadap pihak majikan, seterusnya dapat mengurangkan kadar pertukaran kerja di kalangan para pekerja.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1989/1990.
    Uncontrolled Keywords: Sektor perindustrian; Pekerja sambilan; Majikan; Kadar pertukaran kerja
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 Aug 2020 03:41
    Last Modified: 28 Aug 2020 03:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10084

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item