Politik bawahan Melayu: Satu kajian kes di Kampung Bemban, Dungun , Terengganu / Zainon A. Rahman

Zainon, A. Rahman (1986) Politik bawahan Melayu: Satu kajian kes di Kampung Bemban, Dungun , Terengganu / Zainon A. Rahman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (15Mb) | Preview

    Abstract

    Di dalam bab pertama, pengkaji cuba menerangkan tujuan dan bidang kajian, termasuk metode-metode yang digunakan di dalam kajian ini serta beebrapa masalah kajian yang dihadapi semasa membuat kajian ke atas kes ini. Bab kedua pula, pengkaji meninjau latarbelakang Kampung Bemban. Di permulaan bab ini, pengkaji telah memberikan definasi kampung dan seterusnya menghuraikan mengenai kepimpinan kampung, kegiatan ekonomi, kemudahan sosial, penduduk kampung dan interaksi sosial mereka. Di samping itu, pengkaji juga menerangkan serba sedikit mengenai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Bemban (JKKK). Bab ketiga pula menerangkan tentang sikap berpolitik di kalangan penduduk Kampung Bemban. Di samping itu, diterangkan juga faktor sisoal yang melibatkan keluarga dan rumahtangga, pendidikan, alat sebaran am, agama dan politik banyak mempengaruhi sikap berpolitik di kalangan masyarakat kampung di samping faktor-faktor ekonomi dan juga politik. Bab keempat menerangkan sikap berpolitik penduduk kampung terhadap organisasi politik dan penglibatan mereka di dalam aktibiti politik. Di sini diterangkan mengenai sejarah pertubuhan atau organisasi politik sepintas lalu dan sikap penduduk terhadap organisasi politik. Seterusnya, dihuraikan juga tentang sikap penduduk terhadap pilihanraya serta pandangan dan sikap mereka terhadap pemimpin parti politik. Bab kelima, pengkaji membuat tinjauan terhadap penglibatan dan penyertaan masyarakat kampung di dalam aktiviti politik. Untuk itu, pengkaji membuat pengamatan terhadap penyertaan politik mereka, bagaimana sikap mereka terhadap kegiatan-kegiatan dan isu-isu politk serta apakah kesan-kesan politik ke atas perpaduan masyarakat kampung tersebut. Di dalam bab terakhir, pengkaji membuat rumusan ke atas keseluruhan kajian. Di sini, pengkaji juga memberikan pendapat pengkaji di dalam membuat penentuan parti politik manakah yang mempunyai peluang yang lebih cerah unutk memenangi pilihanraya yang akan diadakan dan pakah alasan-alasan serta kelemahan-kelemahan parti yang dijangkakan tidak berpeluang memenangi pilihanraya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Politik bawahan Melayu; Pilihanraya; Masyarakat kampung; Sikap berpolitik; Interaksi sosial
    Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
    J Political Science > JC Political theory
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Aug 2020 07:22
    Last Modified: 19 Oct 2020 06:52
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10086

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item