Sistem maklumat multimedia batu karang Malaysia (McRis) / Suhainah Shamsudin

Suhainah, Shamsudin (2000) Sistem maklumat multimedia batu karang Malaysia (McRis) / Suhainah Shamsudin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (24Mb) | Preview

    Abstract

    Projek Ilmiah merupakan syarat wajib kepada para pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pengurusan) di Universiti Malaya yang ingin menamatkan pengajian mereka. Projek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Projek Ilmiah Tahap Awal (WXET 3181) dan Projek Ilmiah Tahap Akhir (WXET 3182). Pelajar dibenarkan memilih tajuk sendiri. Maka, saya telah memilih tajuk Sistem Maklumat Multimedia Batu Karang di Malaysia (McRis) di bawah seliaan En. Mustaffa Kamal dan Dr. Mazliza sebagai moderator. McRis merupakan satu sistem maklumat yang berkaitan dengan batu karang yang terdapat di firdausi taman laut kita seperti jenis-jenisnya dan sedikit penerangan yang disertakan dengan gambar yang menarik, kawasan taman laut dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan batu karang. Objektif utamanya adalah menukarkan cara penyimpanan segala maklumat mengenai batu karang dari sistem manual kepada satu sistem berasaskan komputer yang lebih sistematik dan cekap bagi pihak Jabatan Perikanan Malaysia (Cawangan Taman Laut). Manakala pengguna·pengguna lain sistem ini pula tidak perlu merujuk kepada buku-buku yang tebal dan berat untuk mencari maklumat mengenai batu karang. Modul-modul yang terdapat di dalam sistem ini terbahagi kepada modul taman laut, modul koleksi batu karang, modul kemaskini dan modul permainan. Sistem ini mempunyai dua versi bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Pengemaskinian data seperti memadam, menambah dan lain-lain lagi hanya boleh dilakukan oleh pengguna berdaftar sahaja iaitu kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia (Cawangan Taman Laut). Manakala para pengguna lain hanya boleh memaparkan dan membaca maklumat sahaja. Sistem yang menggunakan elemen-elemen multimedia seperti bunyi, animasi dan lain-lain lagi ini, semestinya mempunyai antaramuka yang berwarna warni dan menarik serta mesra pengguna. Para pengguna hanya perlu menekan butang-butang unik yang terdapat di menu-menu untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Sistem ini diharapkan dapat memuaskan hati para pengguna sasaran dan memberi manfaat kepada semua pihak.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 1999/2000.
    Uncontrolled Keywords: Batu karang; Taman laut; Pengurusan maklumat; Atas talian
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 08 Jul 2021 13:18
    Last Modified: 08 Jul 2021 13:18
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10144

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item