Sistem perancangan akademik / Nordiana Maideen

Nordiana, Maideen (2001) Sistem perancangan akademik / Nordiana Maideen. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (59Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Perancangan Akademik dibangunkan untuk membantu para pelajar dan penasihat akademik dalam mendapatkan maklumat berkaitan kursus-kursus pengajian, keputusan peperiksaan dan analisis perancangan akademik pelajar secara atas talian. Sistem ini juga membantu pentadbir dalam menyimpan dan menyebarkan maklumat dengan menggunakan teknologi Web sepenuhnya. Sistem ini membenarkan pencapaian maklumat menerusi Internet dengan menggunakan komputer peribadi. Disamping itu, sistem dilengkapi dengan kebolehan untuk memberi cadangan senarai kursus pendaftaran oleh seseorang pelajar berdasarkan Pungutan Nilai Kumulatif Keseluruhan (PNGK) terbaru mereka, prasyarat-prasyarat kursus dan senarai kursus yang ditawarkan pada semester tersebut. Laporan ini dimulakan dengan bahagian pengenalan di Bab 1. Bab 1 menerangkan definisi dan latarbelakang projek, pentakrifan objektif dan skop projek serta menyenaraikan kepentingan dan perancangan jadual projek. Bab 2 adalah berkaitan dengan laporan Kajian Literatur yang menumpukan kajian keatas 3 bahagian utama iaitu kajian ke atas domain SPA, tektiologi SPA dan sistem sedia ada. Bab 3 akan membincangkan tentang pendekatan metodologi Air Terjun yang digunakan dalam membangunkan SPA. Bab ini juga akan menyenaraikan pelbagai keperluan bagi projek seperti keperluan fungsian, keperluan bukan fungsian dan keperluan sistem. Bab 4 akan membentangkan rekabentuk SPA yang akan dibangunkan. Rekabentuk senibina SPA, rekabentuk struktur SPA, rekabentuk proses SPA, rekabentuk antaramuka SPA dan rekabentuk pangkalan data boleh didapati dalam Bab ini. Bab 5 akan memfokus kepada perlaksanaan sistem dan ini diikuti pula dengan bab 6 yang akan menceritakan tentang, pengujian sistem serta fasa-fasa yang terlibat di dalamnya. Akhir sekali, pada bab 7, perbincangan akan menjurus kepada penyenggaraan dan penilaian sistem. Disini segala permasalahan akan dibincangkan dan kekuatan serta kelemahan sistem akan dikenalpasti.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Sistem perancangan akademik; Penasihat akademik; Atas talian
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 06 Jul 2021 13:42
    Last Modified: 06 Jul 2021 13:42
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10148

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item