Perubahan pucuk pimpinan di Sabah / Jessica Low Peck Yee

Jessica Low , Peck Yee (1990) Perubahan pucuk pimpinan di Sabah / Jessica Low Peck Yee. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini bertujuan untuk melihat perkembangan serta perubahan politik di Sabah dari sejak mencapai kemerdekaan sehingga tahun 1986. Bab Satu merupakan huraian mengenai tujuan dan ruang lingkup kajian, kaedah-kaedah yang digunakan serta kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan kajian. Dalam Bab Dua pula ianya merupakan pengenalan kepada sejarah awal Sabah semenjak zaman Kesultanan Brunei Sulu sehinggalah Sabah mencapai kemerdekaannya melalui pembentukan Malaysia. Ia juga meliputi gerakan penubuhan parti-parti politik di Sabah. Bab Tiga menerangkan tentang sejarah awal pemerintahan sendiri di Sabah. Ia juga membincangkan tentang Sabah di bawah USNO dan bagaimana akhirnya USNO kalah kepada Berjaya dalam pilihanraya 1976. Bab Empat membawa kita kepada zaman pemerintahan Berjaya penubuhan PBS dan sebab-sebab berlakunya peralihan kuasa Berjaya - PBS. Bab Lima pula adalah mengenai pilihanraya 1986 dan bagaimana PBS berjaya mengekalkan kuasanya. Akhirnya Bab Enam merupakan suatu kesimpulan dan mengandungi juga pandangan, pendapat dan cadangan dari pengkaji.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1989/1990.
    Uncontrolled Keywords: Perubahan politik; Sabah; Pembentukan Malaysia; USNO
    Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 Aug 2020 07:45
    Last Modified: 28 Aug 2020 07:45
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10164

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item