Azimah , Mohd. Yusof (1987) Rawatan jiwa: Satu kajian kes di Unit Perubatan Jiwa, Hospital Besar Kota Bahru, Kelantan / Azimah Mohd. Yusof. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Meskipun gangguan mental atau penyakit jiwa begitu lancar dipertuturkan oleh kita akan tetapi penjelasan dan gambaran mengenai fenomena sosial ini sebenarnya masih samar-samar dan belum memadai. Kekurangan ini begitu ketara terutamanya dari aspek takrifan, kriteria, bentuk rawatan dan kepada siapa harus dipertanggunjawabkan merawatnya. Jadi, latihan ilmiah ini cuba menyatakan hal ini dalam bab-bab seterusnya. Dalam bab 1, pengkaji memberi pengenalan berhubung dengan gangguan mental di samping turut memperkatakan tentang tujuan kajian, bidang, kaedah dan masalah-masalah semasa kajian dilakukan. Bab II, pengkaji membincangkan tentang konsep-konsep dan model-model gangguan mental. Konsep-konsep yang disentuh lebih diutamakan kepada jenis yang dimiliki oleh para pesakit atau subjek pengkaji. Bab III-dalam bab ini, pengkaji meneliti tentang latar-belakang insitusi dan subjek. Latarbelakang insitusi ini termasuklah aspek-aspek lokasi, sejarah perkembangan, struktur dan pentadbirannya. Bagi latarbelakang subjek pula umumnya meliputi 7 angkubah; jantina, umur, taraf perkahwinan, bangsa, tempat kediaman dan aktiviti yang mereka ceburi sebelum ke institusi ini. Bab IV-pengkaji menyentuh secara khusus berhubung dengan peranan operasi UPJ. Ia merangkumi perkara-perkara mengenai objektif dan peranan, tatacara kemasukan dan “discharge” para pesakit. Bab V-bab ini memari mengani bentuk rawatan yang dijalani oleh kesemua jenis pesakit yang pernah menerima rawatan di Unit ini. Ianya merupakan gabungan rawatan secara perubatan dan sosial-psikologikal. Bab VI-dalam bab ini pengkaji merumuskan kesemua penemuan dari bab-bab yang lalu dan seterusnya membuat penilaian mengenainya. Akhir sekali, pengkaji turut membuat beberapa cadangan termasuk berhubung dengan pendekatan untuk merawat pesakit di Unit tersebut.
Actions (For repository staff only : Login required)