Mini Estet: Kesannya kepada pekebun kecil (kajian kes di Mini Estet Parit Seraya , Benut Pontian , Johor) / Roslina Ibrahim

Roslina , Ibrahim (1989) Mini Estet: Kesannya kepada pekebun kecil (kajian kes di Mini Estet Parit Seraya , Benut Pontian , Johor) / Roslina Ibrahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang bertajuk “Mini Estet: Kesannya kepada pekebun kecil” ini membuat penilaian terhadap salah satu projek RISDA untuk mengatasi masalah pekebun kecil getah. Untuk meneliti masalah pekebun kecil dan kesan yang diterima dari rancangan ini, kajian kes dibuat di Mini Estet Parit Seraya , Benut Pontian , Johor. Ia merupakan rancangan percubaan yang dilaksanakan oleh RISDA Wilayah Johor Barat. Dalam bab pertama kajian, ia memberi gambaran berkenaan dengan tujuan dan kepentingan kajian ini serta masalah-masalah yang dihadapi semasa kajian dibuat. Bab kedua pula menghuraikan secara umum langkah-langkah yang telah dilakukan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil. Bab ini juga menjelaskan konsep Mini Estet serta objektif RISDA memperkenalkannya. Pengkaji juga membincangkan proses dan syarat-syarat mewujudkan Mini Estet. Manakala bab ketiga membincangkan berbagai masalah pekebun kecil Parit Seraya khususnya yang berkaitan dengan pemilihan dan penjagaan tanah. Latarbelakang kampung ini dihuraikan secara ringkas dan seterusnya perlaksanaan Mini Estet di kawasan ini. Di sini juga dibincangkan program-program yang dijalankan oleh RISDA dan penilaian dibuat untuk melihat setakat mana kejayaannya. Dalam bab keempat, tumpuan diberikan kepada kesan sosio-ekonomi yang diterima oleh pekebun kecil yang terlibat dengan rancangan ini. Aspek sosio-ekonomi ini termasuklah pendapatan, peningkatan sosial, sikap, kemudahan asas, kemampuan pekebun kecil membuat pelaburan dan kecenderungan mereka dalam bidang industri kecil. Akhir sekali, kajian ini membuat kesimpulan bahawa rancangan Mini Estet secara umumnya memberi faedah kepada pekebun kecil. Beberapa rumusan telah dibuat berkaitan dengan aspek pengurusan Mini Estet dan penglibatan para pesertanya, sistem bekerja yang diamalkan dan juga punca kegagalan projek-projek yang dirancang.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.
    Uncontrolled Keywords: Mini Estet; Pekebun kecil; RISDA; Industri kecil; Sosio-ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 Jul 2020 03:20
    Last Modified: 21 Jul 2020 03:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10204

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item