Pendekatan Ruang Boleh Dipertahankan dalam program pengawasan komuniti untuk kanak kanak tidak terkawal di Projek Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur / Zaiton Azman

Zaiton, Azman (2016) Pendekatan Ruang Boleh Dipertahankan dalam program pengawasan komuniti untuk kanak kanak tidak terkawal di Projek Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur / Zaiton Azman. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (185Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (3031Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini meneliti pelaksanaan program pencegahan berasas komuniti; iaitu Program Pengawasan Komuniti, untuk Kanak-kanak Tidak Terkawal. Kajian ini mempunyai empat objektif utama: (1) untuk mengenal pasti tahap pengetahuan kanak-kanak mengenai Program Pengawasan Komuniti, (2) untuk mengukur tahap penglibatan kanak-kanak dalam Program Pengawasan Komuniti, (3) untuk menentukan halangan-halangan yang terdapat di dalam Ruang Boleh Dipertahankan yang mempengaruhi penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti Pengawasan Komuniti, dan (4) untuk mencadangkan serangkaian tindakan susulan yang mampu mempertingkatkan lagi keupayaan Program Pengawasan Komuniti dalam mengawal Kanak-kanak Tidak Terkawal yang berada dalam komuniti. Setelah mengenal pasti perkara-perkara di atas, kajian ini dapat mencadangkan intervensi-intervensi sosial yang mampu memperkukuhkan Ruang Boleh Dipertahankan agar Program Pengawasan Komuniti dapat mengawal Kanak-kanak Tidak Terkawal dengan lebih berkesan. Seramai 210 orang kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun terlibat dalam kajian ini. Mereka merupakan anggota komuniti sebuah perumahan awam di Kuala Lumpur. Mereka telah dipilih secara rawak sistematik. Bagi mengumpul data primer kajian, pengkaji telah melakukan temubual bersemuka dengan berpandukan satu set soal selidik berstruktur. Survei yang menggunakan teknik lapor diri mendapati pengetahuan kanak-kanak mengenai Program Pengawasan Komuniti adalah sederhana. Hanya sebilangan kecil sahaja daripada mereka menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Program Pengawasan Komuniti. Kajian ini juga mendapati penglibatan kanak-kanak dalam Program Pengawasan Komuniti mempunyai kaitan rapat dengan tiga aspek Ruang Boleh Dipertahankan iaitu faktor struktural, intrapersonal dan interpersonal. Kajian ini telah mengusulkan beberapa intervensi sosial yang mampu memperkasakan ruang struktural, intrapersonal dan interpersonal agar kanak-kanak boleh melibatkan diri secara aktif dalam program berkenaan. Tindakan ini penting bagi memastikan Program Pengawasan Komuniti boleh mengawal Kanak-kanak Tidak Terkawal yang terdapat di dalam komuniti secara berkesan.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 2016.
      Uncontrolled Keywords: Ruang struktural; Program pengawasan komuniti; Kanak kanak; Intervensi sosial; Interpersonal
      Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 22 Jul 2020 04:27
      Last Modified: 17 Aug 2020 07:21
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10223

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item