Pakej pembelajaran selangkah ke dunia abjad (SEDA) / Liana Mohamed Kasah

Liana, Mohamed Kasah (2002) Pakej pembelajaran selangkah ke dunia abjad (SEDA) / Liana Mohamed Kasah. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (36Mb) | Preview

    Abstract

    Perkembangan teknologi komputer kini dilihat begitu pesat sekali hinggakan tiada tanda-tanda yang ia akan reda atau berhenti untuk seketika. Berbagai gambaran diberi mengenai rekabentuk dan keupayaan komputer pada masa hadapan. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Berikutan perkembangan ini maka timbullah idea untuk membangunkan suatu sistem pembelajaran berpakej yang menerapkan pelbagai unsur multimediaa berinteraktif. Pakej yang diberi nama "Pakej SEDA" memberikan pengenalan asas abjad-abjad untuk kanak-kanak usia 3 hinggalah 6 tahun, malah sesuai juga digunakan untuk kanak-kanak berusia kurang daripada lingkungan umur diatas. Alternatif kepada guru-guru di sekolah dalam mempelbagaikan kaedah mengajar kerana peranannya yang lebih kepada alat bantuan pengajaran. Pemilihan konsep multimedia adalah untuk membolehkan pakej ini terhasil daripada gabungan teks, grafik, bunyi, animasi dan video, menyediakan persekitaran pembelajaran interaktif yang tentunya dapat menarik minat kanak-kanak. Pakej ini menggunakan perisian Macromedia Director 8.0 sepenuhnya untuk pembangunan di samping beberapa lagi perisian lain bagi menjadikannya lebih efektif. Metodologi yang digunakan adalah Model Pembangunan Air Terjun yang menyediakan prosedur yang dapat membantu pembangun yang tidak berpengalaman dalam pembangunan sistem. Akhirnya diharaplkan dengan kewujudan pakej ini mampu menyumbangkan sesuatu dan dimanfaatkan oleh pihak-pihak terbabit.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree)- Faculty of Computer Science & Technology, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Multimediaa berinteraktif; Kaedah pembelajaran; Asas abjad; Kanak-kanak
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 30 Jun 2021 07:53
    Last Modified: 30 Jun 2021 07:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10231

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item