Pelacuran di kalangan gadis juvena (Satu kajian di Bandaraya Kuala Lumpur) / Ching Siat Fong

Ching , Siat Fong (1988) Pelacuran di kalangan gadis juvena (Satu kajian di Bandaraya Kuala Lumpur) / Ching Siat Fong. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Di dalam, latihan ilmiah ini, pengkaji mempunyai tujuan untuk menghuraikan masalah kegiatan pelacuran yang kian melanda dikalangan gadis juvena. Untuk tujuan ini, pengkaji cuba berfokus kepada latarbelakang serta pengaruh keadaan sosial sekeliling gadis-gadis berkenaan. Pengkaji hanya mengambil gadis-gadis pelacur yang pernah didakwa di mahkamah (di bawah Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973) sebagai gadis-gadis responden kajian ini. Kajian ini dibahagiakan kepada empat bab: Dalam bab satu, memaparkan tujuan kajian, bidang kajian, kaedah yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian. Dalam bab ini juga ada menjelaskan konsep dan definasi yang berkaitan dengan pelacuran. Disamping itu, Teori Kawalan oleh Travis Hirschi yang mementingkan konsep ikatan sosial telah diambil untuk kajian ini sebagai satu hipotesis teori dalam menentukan perlakuan pelacuran dikalangan gadis-gadis juvena. Bab kedua, pengkaji telah menjelaskan beberapa aspek tentang latarbelakang gadis pelacur, iaitu seperti umur, penyebaran bangsa serta aspek-aspek lain yang ada bersangkutan dengan pekerjaan gadis-gadis responden sebagai pelacur. Aspek-aspek itu ialah tempat perhubungan dengan pelanggan, pembayaran dan corak penglibatan mereka. Aspek-aspek ini adalah berangkaian antara satu sama lain membentuk satu pola pekerjaan responden. Seterusnya, bab ketiga membincangkan hubungan unsur ikatan sosial dan pelacur juvena. Kegagalan ikatan akan dilihat sebagai suatu kegagalan insitusi-institusi sosial itu sendiri. Msialnya, keruntuhan atau ketidakstabilan dalam keluarga mudah mendorong gadis-gadis bersifat bebas dan hanyut di dalam kumpulan-kumplan lucah dan seterusnya berkelakuan liar. Begitu juga perlakuan dan gerak-geri gadis-gadis di luar yang lebih dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan sosial lain adalah merupakan unsur penting yang melemahkan pertalian ikatan dengan keluarga. Bab keempat, pengkaji membuat penganalisian serta rumusan mengenai penglibatan juvena di dalam pelacuran adalah suatu kegagalan dari ikatan sosial. Pengkaji cuba membuktikan samada Teori Kawalan yang telah dikemukakan oleh Travis Hirschi dapat diaplikasikan ke dalam kewujudan dan pekembangan pelacuran di kalangan juvena.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Pelacuran; gadis; Institusi sosial; Teori Kawalan; Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 May 2020 08:20
    Last Modified: 21 May 2020 08:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10273

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item