Nurul Ain, Mustakim (2003) Sistem pakar bunga orkid (pakar orkid) / Nurul Ain Mustakim. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem pakar bunga orkid atau lebih mudah dikenali sebagai 'Sistem Pakar Orkid' adalah merupakan satu sistem yang berasaskan web dan hanya dibangunkan dalam versi Bahasa Melayu sahaja. Tujuan pembangunan sistem ini adalah untuk memberikan maklumat yang spesifik kepada pengguna mengenai bunga orkid dan juga sebagai panduan serta rujukan kepada mereka yang rnernerlukannya. Metodologi pembangunan sistem yang digunakan untuk membangunkan 'Sistem Pakar Orkid' ini ialah Kejuruteraan Pengetahuan. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan satu perisian yang boleh menyokong pembangunan sistem pakar dan aplikasi web iaitu Decision Script, manakala untuk perisian operasian pula ialah Microsoft Windows 98. 'Sistem Pakar Orkid' ini mempunyai 3 modul utama iaitu modul laman utama, modul diagnosis dan modul komen. Modul laman utarna adalah berkenaan dengan menu utama bagi sistem ini, ia menyediakan 2 butang iaitu butang pentadbir dan butang pengguna. Modul diagnosis pula adalah dilaksanakan berdasarkan pada pemerhatian ke atas ciri-ciri bunga dimana pengguna dibekalkan dengan set soalan dan mereka perlu menjawab dan akhir sekali akan mendapat keputusan yang tepat. Manakala modul komen membenarkan pengguna untuk menginput komen mereka setelah mereka menilai tahap keupayaan system ini.
Actions (For repository staff only : Login required)