Sistem pengurusan minit mesyuarat / Mohd Hamri Md Yusuf

Mohd Hamri, Md Yusuf (2002) Sistem pengurusan minit mesyuarat / Mohd Hamri Md Yusuf. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (29Mb) | Preview

    Abstract

    e-Fakulti merupakan projek yang melibatkan pembangunan semula sistem pengurusan di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaya. Tujuannya adalah untuk menyediakan sistem pengurusan elektronik yang akan mengambil kira keperluan seluruh warga FSKTM. Selain itu, projek ini juga merupakan projek perintis yang akan menjadi model kepada sistem pengurusan fakulti-fakulti lain di Universiti Malaya. e-Fakulti diharapkan dapat menghasilkan sistem pengurusan fakulti yang efisyen, efektif dan secara elektronik. e-Fakulti terdiri daripada beberapa buah sistem yang dibangunkan oleh sekumpulan pelajar FSKTM. Salah satu sistem yang dibangunkan ialah Sistem Pengurusan Minit Mensyuarat Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat adalah sebuah sistem dalam talian yang dibangunkan untuk membantu pihak pentadbiran, penulis minit mesyuarat khasnya dalam melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan minit mesyuarat. Berdasarkan kepada keperluan semasa pengguna dan seiring dengan kemajuan teknologi, sistem ini diharapkan dapat menggantikan sistem yang sedia ada. Walaupun terdapat beberapa perubahan dan penambahan dalam proses yang akan dilaksanakan seperti pemaparan minit mesyuarat, sistem yang dibangunkan masih lagi mengekalkan proses-proses utama sistem pengurusan minit mesyuarat yang ada sekarang. Perisian yang terlibat dalam membangunkan sistem ini adalah Microsoft's Visual Basic 6.0, Mirosoft's Word 2000, Microsoft's SQL 7.0 dan ASP 3.0. Disamping memenuhi kehendak dan keperluan pengguna, sistem ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada kejayaan projek e-Fakulti secara keseluruhannya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Pengurusan minit mesyuarat; Pengurusan data; E-Fakulti; Universiti Malaya
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 19 May 2020 03:48
    Last Modified: 19 May 2020 03:48
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10287

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item