Sistem pembelajaran pintar untuk kimia SPM / Norhaslinda Abdul Rahim

Norhaslinda, Abdul Rahim (2003) Sistem pembelajaran pintar untuk kimia SPM / Norhaslinda Abdul Rahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (59Mb) | Preview

    Abstract

    Perkembangan sains komputer dan teknologi maklumat telah merangsang ke arah pembangunan sistem pembelajaran yang bertujuan untuk mempermudahkan proses pengajaran, pembelajaran dan menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek. Tetapi sistem pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer yang dibangunkan adalah bersifat static, di mana semua bahan penyampaian dan soalan yang dikemukakan adalah sama bagi semua pengguna. Sedangkan pelajar sebagai pengguna, mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza serta cara belajar yang berlainan antara satu dengan yang lain. Maka, satu uasaha sedang dijalankan untuk membangunkan satu sistem yang akan mengambilkira keberkesanan penyampaian sesuatu maklumat atau pembelajaran kepada pelajar iaitu Sistem Pembelajaran Pintar (Intelligent Tutoring System ). ITS yang dimaksudkan menghuraikan domain pengetahuan asas kimia yang menjadi teras dalam mempelajari bidang kimia. Pembangunan ciri-ciri multimedia sebagai alatan pembantu pembelajaran seperti pemilihan warna, gambar, grafik yang menarik serta simulasi komputer adalah untuk menambahkan kefahaman dan minat pelajar mengenai domain pengetahuan yang akan dipersembahkan. Sistem pembelajaran kimia yang akan dibangunkan ini akan menekankan ciri-ciri Pembelajaran berasaskan sains kognitif di mana sistem menyediakan pelan pembelajaran kepada pelajar mengikut tahap pencapaian dan kefahaman pelajar. Selain itu, soalan-soalan yang akan memberi bimbingan kepada pelajar juga diolah mengikut tahap kefahaman pelajar menggunakan pendekatan penaakulan berasaskan kes (case base reasoning) Pembungunan sistem ini melibatkan empat modul iaitu Modul pengetahuan, Modul model pelajar, Modul pengantaramuka, Modul pembelajaran, Modul Penilaian. Modul-modul ini dibangunkan dengan menggunakan pendekatan model air terjun sebagai modul pembungunannya. Semoga sistem pembelajaran kimia yang akan dibangunkan ini diharap dapat menyediakan satu set panduan dan rujukan kepada pelajar dalam memahami lagi bidang kimia.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Subjek kimia; SPM; Sistem pembelajaran pintar; Multimedia
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 15 May 2020 04:18
    Last Modified: 15 May 2020 04:18
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10321

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item