Mohamad Zaki , Ibrahim (1985) Pola-pola pemilikan di bandar Mersing tumpuan kajian di Jalan Ismail dan Mersing Kecil / Mohamad Zaki Ibrahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian tentang pola-pola pemilikan tanah adalah untuk menperlihatkan tentang kewujudan pola pembahagian tanah yang terdapat di sesuatu tempat. Oleh kerana tanah merupakan ‘harta’ yang tidak ternilai, maka kajian seumpama ini diharapkan dapat mengubungkan antara pemilik dengan tanah itu sendiri. Bab I, pengkaji menerangkan tentang kepentingan kajian di bandar Mersing di samping menyentuh mengenai masalah dan metodologi kajian. Selain itu, persoalan tentang latarbelakang tempat kajian diterangkan sebagai gambaran umum. Bab II dianggap sebagai pengenalan umum bagi pemilikan tanah yang terdapat di bandar Mersing. Pengkaji menerangkan tentang pemilikan tanah di kalangan kategori yang terdapat di sana. Hal ini diteruskan lagi dengan membuat perbandingan pemilikan yang berlaku di kalangan kategori yang terlibat. Bab III pula menyentuh tentang pemilikan yang berlaku bagi kategori pemilik persendirian. Ianya dibahagikan mengikut kategori etnik dengan cara ini akan membolehkan dibuat perbandingan pemilikan antara mereka. Disamping itu pula, disentuh aktiviti penggadaian yang berlaku dan juga pemilikan mengikut jantina. Bab IV di bawah bab ini, pengkaji membuat perbandingan antara dua kawasan kajian iaitu Jalan Ismail dan Mersing Kecil. Perbandingan pemilikan juga dibuat antara pemilik awal dan akhir dari segi bilangan lot dan keluasan tanah yang terdapat diantara kedua-duanya. Bab V merupakan penutup bagi keseluruhan kajian yang telah dibuat. Ianya meliputi kesimpulan yang daapat diambil serta ‘finding’ yang telah dieprolehi.
Actions (For repository staff only : Login required)