Wanita dan pekerjaan: Satu kajian kes ke atas kerana-kerani wanita dalam badan-berkanun di Kota Bahru / Jarina Harun

Jarina , Harun (1983) Wanita dan pekerjaan: Satu kajian kes ke atas kerana-kerani wanita dalam badan-berkanun di Kota Bahru / Jarina Harun. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (19Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam latihan ilmiah ini tumpuan penulis terhadap penglibatan wanita dalam penduaan peranan iaitu sebagai kerana yang bekerja di luar rumah dan sebagai suri rumahtangga. Kajian dijalankan dengan cara bandingan antara wanita yang sudah berkahwin dengan wanita bujang. Bab I dihuraikan secara ringkas mengenai tujuan dan bidang kajian, metode kajian dan masalah kajian ini. Bab II membincangkan tentang teori-teori yang dikemukakan oleh beberapa orang penulis yang terdahulu dan juga beberapa konsep mengenai peranan dan sikap wanita dalam pekerjaan dizaman yang serba maju ini. Bab III pula membincangkan tentang biodata responden seperti umur, saiz keluarga, jumlah anak yang diingini, bilangan adik-beradik responden dan tempat asal responden. Sebab-sebab berhenti sekolah dan pelajaran tambahan yang diperolehi oleh responden. Selain daripada itu juga turut disentuh mengenai latarbelakang keluarga responden sama ada mereka dating dari keluarga kaya atau sederhana dan miskin serta mereka daripada keluarga besar atau kecil. Di sini dihuraikan tentang umur dan pekerjaan ibu bapa responden yang sudah berkahwin dan belum berkahwin. Di akhir bab ini dibincangkan mengenai wanita dan pekerjaan yang mengemukakan sebab-sebab wanita bekerja, adakah kerana ekonomi atau sosial. Dibincangkan juga mengenai pendapatan responden dan pendapatan suami responden bagi yang telah berkahwin. Faktorfaktor ini mempengaruhi wanita bekerja “makan gaji” dan menduakan peranan semulajadi mereka. Bab IV membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keadaan ekonomi dan sosial responden. Faktor-faktor ini meliputi pendapatan yang dijelaskan dengan lebih mendalam lagi tentang perbelanjaan dan tabungan yang semuanya tergulung dalam faktor ekonomi. Sementara faktor sosial pula meliputi perkara-perkara yang berkait dengan hubungan responden dengan ketua pejabat, kawan sekerja dan disiplin semasa bekerja. Selain daripada itu, dinyatakan juga tentang kemudahan yang diterima oleh responden dari majikan mereka. Di akhir bab ini, disentuh pula mengenai masalah dari penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan. Bab V merupakan kesimpulan daripada apa yang dihuraikan dan apa yang ditemui oleh pengkaji semasa menjalankan kajian serta menbuktikan benar atau tidak mengenai dakwaan-dakwaan atau teori-teori yang dikemukakan oleh pengkaji. Kenyataan atau huraian-huaraian ini dinyatakan berdasarkan kepada penemuan-penemuan dan data-data serta maklumat yang didapati oleh pengkaji.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1982/1983.
    Uncontrolled Keywords: Kerani wanita; Badan-berkanun; Ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 30 Sep 2019 03:47
    Last Modified: 30 Sep 2019 03:47
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10395

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item