Wanita dan pembangunan: Peranan wanita dalam pembangunan peringkat kampung (Satu tinjauan ke atas Kampung Pengkalan Berangan, Mukim Jerong, Marang, Terengganu) / Che Norma Noriati Tahir

Che Norma , Noriati Tahir (1982) Wanita dan pembangunan: Peranan wanita dalam pembangunan peringkat kampung (Satu tinjauan ke atas Kampung Pengkalan Berangan, Mukim Jerong, Marang, Terengganu) / Che Norma Noriati Tahir. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (7Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membincangkan peranan wanita dalam pembangunan terutamanya di peringkat kampung. Ini berdasarkan pada kerja luar yang dijalankan di Kampung Pengkalan Berangan yang terletak di Dearah Marang, Terengganu. Kerja luar ini dijalankan selama 5 minggu. Bab pendahuluan menerangkan tujuan kajian, kepentingan kajian, bidang kajian, kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan kajian, konsep peranan wanita dan definasi kerja. Bab I memperkenalkan Kawasan kajian dan latar belakang reponden. Sementara bab II menghuraikan peranan wanita dalam kegiatan ekonomi. Dalam bab kedua ini diterangkan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi berasaskan pertanian dan ekonomi yang bercorak bukan pertanian. Ekonomi yang bercorak bukan pertanian ialah berkedai, membuat kuih muih untuk jualan, menganyam tikar dan berajaja. Dalam bab III diterangkan berkenaan dengan wanita dari segi sosial iaitu peranan dan penglibatan wanita dalam rumahtangga dan peranan mereka di luar rumah. Dalam bab IV memperkatakan tentang faktor yang membolehkan dan yang menghalang wanita terlibat dalam aktiviti ekonomi dan sosial. Faktor-faktor ini termasuklah umur, taraf perkahwinan, bilangan anak dan pendapatan suami. Bab V ialah kesimpulan dari kajian yang dibuat. Ini disertai dengan sedikit sebanyak buah fikiran dari pihak pengkaji tentang Kawasan yang dikaji.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1981/1982.
    Uncontrolled Keywords: Peranan wanita; Pembangunan; Aktiviti ekonomi; Aktiviti pertanian; Rumahtangga
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 03 Feb 2020 02:15
    Last Modified: 03 Feb 2020 02:15
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10424

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item