Mohd Saiful Neezam , Mohd Shah (2003) Pakej pembelajaran interaktif berasaskan web untuk MUET / Mohd Saiful Neezam Mohd Shah. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Satu daripada kemajuan yang dikecapi oleh bidang pendidikan di negara pada masa ini adalah dengan wujudnya satu sistem pembelajaran berasaskan komputer lebih-lebih lagi yang berasaskan web. Dengan hanya capaian internet, pelajar sudah dapat mempelajari sesuatu kursus secara remote. Sasaran projek ini adalah untuk membina satu Pakej Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web untuk MUET yang dapat membantu pelajar-pelajar yang akan mengambil pepeiksaan MUET (Malaysian University English Test) ini di Universiti Malaya. Objektifnya yang utama adalah untuk menukar cara belajar daripada kaedah yang diajar dikelas dan membaca buku kepada kaedah baru yang leibh aktif. Projek ini dibangunkan dengan menggunkan metodologi air terjun dengan prototaip di mana ia menyediakan keperluan-keperluan yang lengkap dan ia menyokong aplikasi berterusan (rapid application) yang membantu mengurangkan risiko projek. Prinsip-prinsip kejuruteraan perisian iaitu analisis sistem, rekabentuk, implementasi dan pengujian telah diserapkan sepenuhnya sepanjang pembangunan sistem ini. Pakej ini telah dibangunkan dengan menggunakan peralatan perisian seperti “Internet Information Services IIS)’ bersama dengan perisian untuk membina kod seperti Microsoft Visual Interdev 6.0 dan Macromedia Dreamweaver MX dan juga alatan lain seperti Macromedia Fireworks MX dan lain-lain.
Actions (For repository staff only : Login required)