Knowledge management portal (networking) / Ismalina Mohd Isa

Ismalina , Mohd Isa (2003) Knowledge management portal (networking) / Ismalina Mohd Isa. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Dewasa ini penggunuan portal menjadi penting dalam menyampaikan maklumat terutama kepada pengguna internet. Terdapat pelbagai jenis portal pada zaman ini dan di dalam kajian tesis ini, saya akan menumpukam perhatian terhadap Portal Pengurusan Pengetahuan. Tujuan utama portal ini dihasilkan adalah untuk kemudahan komuniti di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) untuk mcncari dan berkongsi maklumat yang terdapat dalam Jabatan Sistem dan Rangkaian Komputer. Selain itu, pihak pengurusan atasan dapat membuat penilaian terhadap pensyarah di Jabatan Sistem dan Rangkaian Komputer dari segi kepakaran mereka. Kajian ini bermula dengan perbincangan antara pembangun sistem dan penyelia bagi merancang rangka kerja sebagai garis panduan untuk menyiapkan kajian agar pelajar dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang telah dijadualkan. Matlamat atau objektif projek dan skop projek dinyatakan sebagai matlamat asas dalam pembinaan portal ini. Kajian literasi pula dijalankan hagi memantapkan kefahamnn pembangun sistem terhadap portal yang akan dibangunkan dengan mengkaji laman Portal Pengurusan Pengetahuan yang sedia ada di dalam fasa metodologi pula pembangun sistem akan menghuraikan tentang kaedah penyelidikan dan teknik-teknik yang akan digunakan. Annlisis terhadap sistem dijalankan untuk mencari teknik-teknik pengunaan perisian yang sesuai dan teknik perancangan untuk memantapkan laman portal. Selepas itu, rekabentuk sistem yang akan dibangunkan akan dihuraikan seperti reknbentuk program, rekabentuk pangkalan data dan antaramuka pengguna. Perlaksanaan atau pembangunan sistem dan pengujianakan dijalankan pada semester dua di dalam Latihan llmiah 2. Proses dokumentasi pula akan dilakukan sepanjang projek ini dijalankan. Diharap laman portal ini dapat membantu komuniti di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) mcncari maklumat mengenai Sistem dan Rangkaian Komputer dcngan lebih pantas dan mudah serta penilaian berterusan oleh pihak pengurusan atasan terhadap pensyarah di Jabatan Sistem dan Rangkaian Komputer dapat dijalankan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Portal pengurusan maklumat; Pembangunan sistem; Aplikasi internet; Rangkaian komputer
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 23 Sep 2019 03:17
    Last Modified: 23 Sep 2019 03:17
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10454

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item