Support tools to read in jawi / Suliana Sulaiman

Suliana, Sulaiman (2003) Support tools to read in jawi / Suliana Sulaiman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (21Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah yang dijalankan adalah bertajuk alat bantuan untuk membaca dan menulis dalam jawi (support tools to read and write injawi) atau nama lainnya e-Ja. Tajuk latihan ilmiah ini dibahagikan kepada dua bahagaian iaitu membaca dan menulis. Saya telah ditugaskan untuk menghasilkan bahagian mambaca. Dewasa ini, tulisan jawi sering kali diketepikan oleh pelbagai pihak. Tanpa kita sedari, lama-kelamaan ianya akan luput dengan peredaran zaman. Ramai di antara masyarakat kita yang tidak boleh membaca serta menulis dalam tulisan jawi. Jadi untuk mengatasi masalah ini, satu perisian yang boleh membantu seseorang yang ingin belajar membaca dan juga menulis dalam jawi dicadangkan untuk diwujudkan. Ia juga boleh dijadikan alat bantuan pembelajaran oleh guru-guru semasa di sekolah. e-Ja bermaksud elektronik jawi asas yang mana ianya sesuai digunakan oleh mereka dalam lingkungan umur 8-12 tahun. Penghasilan perisian ini adalah berdasarkan daripada soal selidik yang dilakukan ke atas orang ramai dari pelbagai kategori umur mengenai masalah yang sering kali mereka hadapi untuk membaca dalam jawi. Teknik membaca berdarkan suku kata diperkenalkan kepada pengguna. Mereka yang ingin belajar membaca bolehlah bermula dengan mengeja melalui suku kata. Setiap suku kata yang dieja akan dipadankan dengan huruf rumi. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi pembelajaran terutama bagi mereka yang telah menguasai huruf-huruf rumi. Perisian ini mempunyai lima halaman iaitu halaman utama, membaca, mengenal huruf dan suku kata, mari mengeja dan juga latihan. Teknik kepintaran buatan yang digunakan adalah proses morfologi yang mana ianya memberi penekanan terhadap penggunaan affix dan juga penghasilan perkataan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Jawi; Morfologi; Learning tools
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 30 Sep 2019 03:50
    Last Modified: 30 Sep 2019 03:50
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10476

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item