Peranan pelajaran dalam mewujudkan keharmonian dan integrasi di kalangan pelajar-pelajar berbagai kaum (Kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya) / Mah Wai Leng

Mah , Wai Leng (1987) Peranan pelajaran dalam mewujudkan keharmonian dan integrasi di kalangan pelajar-pelajar berbagai kaum (Kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya) / Mah Wai Leng. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dikemas kinikan tiap-tiap tahun untuk memastikan pencapaian ataupun sekurang-kurangnya mempercepatkan proses perpaduan di kalangan pelajar-pelajar berbagai kaum. Proses i ni memakan masa yang panjang untuk memperlihatkan hasil-hasil kejayaan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan kerana pelajar-pelajar datang dari latarbelakang berbeza serta mempunyai sikap dan pandangan yang berlainan terhadap strategi-strategi yang telah diambil dalam perlaksanaan Dasar Pelajaran Negara. Bab Pertama memberikan pengenalan tentang latarbelakang dan tujuan kajian yang dapat memberikan gambaran mengenai pengkajian ini sebenarnya. Bab Kedua pula diutarakan berbagai konsep dan teori yang berhubung dengan peranan polnjaran dalam strategi negara. Berikutan dari itu, diterangkan juga tontang ukuran-ukuran integrasi dan interakai yang telah digunakan dalam kajian ini. Dalam Bab Ketiga dibincangkan mengenai sejarah perkembangan sistem pelajaran di negara ini bermula dari zaman penjajahan Inggeris hingga ke hari ini. Di samping itu, diberi pula suatu gambaran ringkas tentnng kurikulum pondidikan di Malaysia. Bab Kempat memberikan analisis bahagian pertama kajian ini iaitu, mengenai pola interaksi pelajar-pelajar berbagai kaum serta perkaitan di antara pola interaksi mereka dengan toleransi sosial terhadap pelajar-pelajar dari kumpulan etnik lain. Selain dari pada itu, dikaji juga pengaruh faktor-faktor latarbelakang atau pola interaksi semasa pelajar-pelajar. Bab Kelima adalah mengenai keberkesanan Dasar Pelajaran Kebangsaan dalam mengintegrasikan pelajar-pelajar. Bersabit dengan ini, peranan Bahasa Malaysia, Sivik serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum telah dikaji. Bab ini melihat juga sejauh manakah identifikaai pelajar-pelajar sebagai warganegara-warganegara Malaysia. Dalam Bab Keenam iaitu, bab terakhir, pengkaji memberikan kesimpulan keseluruhan penulisan dan beberapa cadangan berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Dasar Pelajaran Kebangsaan; Integrasi; Perpaduan kaum
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 03 Feb 2020 02:06
    Last Modified: 03 Feb 2020 02:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10483

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item