Oh , Chun Siang (2002) e-Sekolah (Sistem Rekod Pelajar) Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat Universiti Malaya, Kuala Lumpur / Oh Chun Siang. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem e-Sekolah yang dibangunkan mengandungi beberapa modul yang tersendiri. Modul yang dibincangkan ialah Sistem Rekod Pelajar untuk kegunanaan pihak sekolah menegah secara khasnya dan pihak institusi pendidikan secara umumnya. Sistem ini dibina untuk menyimpan rekod peribadi pelajar. Objektif utama pembinaan sistem ini merupakan satu alternatif kepada kakitangan sekolah untuk menguruskan maklumat pelajar. Di samping itu, sistem ini dapat menggantikan pendaftaran pelajar secara manual. Justeru itu, kerja rutin kakitangan sekolah dapat berjalan lancar. Sistem ini dibangunkan secara berperingkat-peringkat yakni termasuklah fasa permulaan yakni fasa kajian, fasa analisa, fasa rekabentuk, fasa pengkodan dan fasa pengujian. Banyak pengalaman pahit dan manis dapat diperolehi sepanjang pelaksanaan projek ini seperti pengalaman temuduga pada fasa kajian. Projek ini membolehkan usaha gigh untuk menggunakan ilmu yang dipelajari di falkulti dilaksanakan dengan sepenuh hati.
Actions (For repository staff only : Login required)