Siti Rakiah , Sheikh Zahari (1970) Peranan parti-parti politik dalam mempolarisasikan hubungan kaum di Malaysia / Siti Rakiah Sheikh Zahari. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (13Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini dibuat untuk memperlihatkan tentang sejauh manakah wujudnya ras dan perannya dalam perkembangan parti-parti politik di negara ini. Bagi penulis kajian ini penting memandangkan komposisi penduduk yang terdapat di Malaysia. Selain daripada itu, keadaan penduduk yang wujud sekarang berkait rapat dengan era perkembangan parti-parti politik yang pesat berkembang di negara ini. Pada peringkat awal, penulis memperlihatkan tentang sejarah perkembangan awal parti-parti politik yang terdapat di Malaysia. Setiap perkembangan parti-parti tersebut di kaitkan dengan arus perkembangan perhubungan ras yang wujud. Bagi penulis, berbagai-bagai bentuk kebudayaan yang ada pada tiap-tiap kumpulan penduduk secara otomatik memberi kesan yang sejajar terhadap ‘trend’ perkembangan parti-parti tersebut. Persitiwa 13 Mei merupakan satu detik persejarahan yang utama bagi penulis untuk menilai tentang arus perkembangan yang begitu mendadak yang berlaku terhadap perkembangan parti-parti politik di negara ini. Parti-parti seperti UMNO, MIC. MCA, PAS dan DAP serta beberapa parti sayap kiri yang lainnya telah bangkit dengan isu-isu dan matlamat-matlamat yang lebih agresif lagi kalau dibandingkan dengan masa sebelum peristiwa berdarah tersebut. Disamping itu, tiap usaha juga telah dijalankan untuk memulihkan kembali hubungan dikalangan rakyat yang terjejas akibat peristiwa berdarah tersebut. Dalam bab yang akhir, penulis telah melakukan satu penilaian yang kritis terhadap setiap penghuraian yang telah di bentangkan. Melalui penilaian ini, diharap ianya dapat memberikan kesan yang mendalam tentang sejauh manakah wujudnya hubungan ras dan peranannya dalam pekembangan parti-parti di negara ini. Semoga dengan kesedaran ini juga satu jalan penyelesaian yang praktikal dapat diambil untuk merapatkan kembali keretakan yang wujud serta menjamin kestabilan pekembangan politik di masa akan datang.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1970. |
Uncontrolled Keywords: | Parti politik; Komposisi penduduk; Polarisasi kaum; Hubungan ras; Kebudayaan masyarakat |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 24 Sep 2019 01:33 |
Last Modified: | 24 Sep 2019 01:33 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10504 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |