Perlindungan diri daripada penyakit bawaan alam ghaib: Perspektif tradisi masyarakat Melayu Kedah / Muhd Abdul Hadi Johari

Muhd Abdul , Hadi Johari (2019) Perlindungan diri daripada penyakit bawaan alam ghaib: Perspektif tradisi masyarakat Melayu Kedah / Muhd Abdul Hadi Johari. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (186Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (2544Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini berhasrat memenuhi matlamat bidang Antropologi Kebudayaan yang menyarankan agar seberapa banyak kebudayaan sesebuah masyarakat didokumentasi untuk rujukan masa hadapan. Hal ini kerana sistem ilmunya semakin menyusut daripada masyarakat akibat dihakis oleh perkembangan Islam dan perubahan sosial. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkonstruksi kembali sistem perlindungan diri masyarakat Melayu Kedah daripada penyakit bawaan alam ghaib. Data dikumpul menggunakan penyelidikan lapangan dan kajian kepustakaan. Penyelidikan lapangan dijalankan di Kampung Keledang, Baling, Kedah menggunakan pemerhatian ikut serta dan temu bual mendalam melebihi tempoh satu tahun, iaitu dari Jun 2014 sehingga Ogos 2015. Temu bual mendalam telah dilakukan terhadap 24 informan yang terdiri daripada 13 warga tua. Profil-profil yang lain pula terdiri daripada empat dewasa dan tujuh anak muda. Kajian mendapati entiti alam ghaib (hantu dan bomoh sihir) merupakan entiti yang paling berbahaya kepada masyarakat Kedah tradisional. Mereka didapati telah memanipulasi kuasa yang dimiliki, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menghubungkan penyakit kepada manusia. Manusia melindungi diri mereka daripada alam ghaib dengan cara mengformasikan petua, pantang-larang, dan upacara ritual kepada tiga benteng perlindungan diri. Pertama, benteng yang menggunakan hantu baik. Hantu baik telah digunakan sebagai pengawal yang mengawasi tanah kediaman daripada dimasuki oleh musuh dan ilmu sihir bawaanya. Kedua, ritual memagar rumah. Ritual ini telah digunakan sebagai kaedah khusus bagi menyekat kemasukan hantu jahat ke dalam rumah. Terakhir, amalan perlindungan khas diri-sendiri. Amalan ini dijadikan benteng terakhir perlindungan dalaman dan luaran diri.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, University of Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Alam ghaib; Masyarakat Melayu Kedah; Penyakit; Islam; Antropologi Kebudayaan
      Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
      H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
      Divisions: Academy of Malay Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 31 Jan 2020 08:02
      Last Modified: 31 Jan 2020 08:02
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10518

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item