Yasuhimi, Yusoff (1987) Peranan Pejabat Agama Islam Daerah Taiping dalam urusan pentadbiran dan pengagihan zakat di Taiping, Perak / Yasuhimi Yusoff. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Latihan ilmiah ini adalah mengenai peranan Pejabat Agama Islam Daerah Taiping dalam urusan pentadbiran dan pengagihan zakat. Bab I adalah mengenai bidang dan batas kajian, tujuan dan kepentingan kajian, teori dan konsep, metodologi dan pendekatan serta kesukaran yang penulis hadapi semasa menjalankan kajian. Bab II mengenai konsep zakat dan keiwibawaannya, sejarah dan kedudukan zakat. Prinsip dan tujuan zakat, jenis-jenis pembahagian zakat serta golongan yang berhak menerima zakat. Bab III mengenai pentadbiran zakat di daerah Taiping, struktur organisasinya dan fungsi serta tugas-tugas kakitangan yang terlibat dalam urusan zakat juga mengenai perlantikan amil, hak dan pengurusannya. Bab IV menegenai pungutan dan pengagihan zakat di daerah Taiping, perbelanjaan untuk golongan yang berhak serta jumlah bilangan orang yang menerima bahagian zakat dan perbelanjaan untuk projek sosial dan ekonomi. Di samping itu untuk melihat apakah masalah yang dihadapi oleh Pejabat Agama Islam Daerah dalam pentadbiran dan perlaksanaan sistem zakat. Bab V merupakan kesimpulan penulis dan beberapa saranan ke arah berkesannya pentadbiran sistem zakat.
Actions (For repository staff only : Login required)