Strategi ketidaksantunan dalam komen rancangan realiti Solvathellam Unmai / Tamilselvam Gianasekaran

Tamilselvam , Gianasekaran (2019) Strategi ketidaksantunan dalam komen rancangan realiti Solvathellam Unmai / Tamilselvam Gianasekaran. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (195Kb) | Request a copy
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (2126Kb) | Preview

      Abstract

      Setiap orang mempunyai kepercayaan asas bahawa mereka berhak untuk mendapat pertimbangan peribadi daripada orang lain dan dilayan secara adil; dengan kata lain, mereka tidak terlalu banyak dikenakan, tidak diperintahkan secara tidak adil, dan tidak mengambil kesempatan atau dieksploitasi. Maka, semua orang mempunyai hak untuk mendapatkan layanan yang adil dan saksama walaupun sesiapa sahaja yang terlibat dengan apa-apa aktiviti rancangan tv, contohnya rancangan realiti. Apabila hak ekuiti seseorang itu dirampas atau di cabul, maka terdapat segelintir masyarakat yang bersuara di laman sosial. Facebook, Twitter, Instagram, Wechat, Whatsapp, YouTube dan blog-blog infomasi tertentu dalam penggunaan saban harian dalam kalangan masyarakat bertujuan untuk berinteraksi dengan bermanfaat, cepat dan mudah. Sementara itu, Rancangan realiti Solvathellam Unmai adalah suatu rancangan Tamil “reality talk show” terbitan saluran Zee TV dan terdapat juga di laman YouTube. Rancangan realiti Solvathellam Unmai bermotifkan bercakap benar tentang kesemua masalah yang dihadapi secara umum untuk mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya dikhalayak ramai. Objektif kajian adalah mengkaji strategi ketidaksantunan dalam komen rancangan realiti Solvathellam Unmai dan membincangkan strategi ketidaksantunan yang digunakan dalam komen rancangan realiti Solvathellam Unmai direalisasikan. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif untuk menghuraikan strategi ketidaksantunan Culpeper (2011). Data komen diterjemahkan kepada Bahasa Melayu untuk tujuan penerangan dan analisa akan dibuat dengan menggunakan bahasa asal (Bahasa Tamil). Daripada 53 episod komen, hanya 38 episod komen sahaja digunakan sebagai data bagi tujuan kajian. Sebanyak 225 komen telah dikenal pasti daripada hasil analisis kajian terdapat penggunaan strategi ketidaksantunan dalam setiap komen. Strategi ketidaksantunan ancaman mencatat kekerapan sebanyak 68 dalam komen rancangan realiti. Manakala strategi penguatkuasaan mesej pula, tidak dapat dikenal pasti dalam komen. Persoalan kedua, menghuraikan cara strategi ketidaksantunan yang digunakan dalam komen rancangan realiti Solvathellam Unmai direalisaikan melalui tujuh (7) bentuk. Antaranya, bentuk soalan, rujukan, persepsi orang awam, cadangan dalam bentuk hukuman, sepatah kata, kata kasar/bahasa kesat dan akhir sekali, penekanan, penggulangan dan penghilangan. Strategi ketidaksantunan Gesture-Verbal meludah seperti [Thuu!!/ thu../thuuuff.. தூ ], dan kata seru seperti [Chi/ cha/ CHIIIIIIIIIII/ chi...chi..chiiiii,,, chaikk] merupakan hasil dapatan kajian baru dalam komen rancangan realiti Solvathellam Unmai. Strategi meludah dan kata seru adalah salah satu strategi yang mereplikasikan cara atau perbuatan manusia yang mengandungi petunjukkan perasaan menjijikan atau memalukan dalam bentuk tulisan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Strategi ketidaksantunan; Komen; Rancangan realiti; Persepsi; Strategi ancaman; Penterjemahan
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1990 Broadcasting
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 14 Jan 2020 07:46
      Last Modified: 14 Jan 2020 07:46
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10562

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item