Jamilah , Abu Hassan (1984) Gerakan sosial dan ugama di Rancangan Tanah Felda Pasir Raja, Johor: Tumpuan kepada peranan wanita melalui Gerakan Persatuan Wanita (GPW) / Jamilah Abu Hassan. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (15Mb) | Preview |
Abstract
Latihan ilmiah ini semuanya mengandungi 7 bab. Bab I adalah merupakan pengenalan iaitu merangkan tujuan dan bidang kajian, kaedah kajian dan masalah-masalah yang timbul sewaktu kajian dijalankan. Bab II ialah latar belakang FELDA secara am. Dalam bab ini diterangkan perkembangan FELDA dari mula pembukaannya, luas kawasan FELDA, pentadbiran serta pencapaian-pencapaian FELDA di bidang ekonomi, sosial dan ugama. Bab III merupakan latar belakang tempat kajian iaitu FELDA Pasir Raja. Bab ini menerangkan tahun pembukaan dan tahun pembangunannya, jenis tanaman dan luas kawasan, bilangan keluarga, kemudahan-kemudahan yang terdapat, pentadbiran dan perwakilan JKKR di rancangan ini. Bab IV pula mengenai latar belakang respondan. Dilihat dari segi taraf umur, taraf pelajaran respondan dan keluarga, jenis-jenis rumah tangga yang terdapat, taraf pendapatan, pekerjaan sampingan yang dilakukan dan bagaimanan tahap penyertaan respondan dalam persatuan-persatuan. Bab V ialah tentang kumpulan-kumpulan sosial dan ugama yang terdapat di rancangan ini. Kumpulan ini dibahagikan kepada di peringkat rancangan dan peringkat blok. Jadi diterangkan persatuan-persatuan yang terdapat mewakili peringkat rancangan dan blok serta penubuhannya, keahliannya dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan. Bab VI menerangkan tentang peranan kaum wanita melalui Gerakan Persatuan Wanita. Diterangkan latar belakang persatuan serta aktivti-aktiviti yang dijalankan, penglibatan wanita dalam GPW serta tuntutan hak ‘Harta Sepencarian’ wanita dalam rancangan FELDA. Bab VII merupakan rumusan bagi kesemua bab dan bagaimana sambutan respondan terhadap kumpulan sosial dan ugama terutamanya oleh pihak wanita di rancangan ini.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984. |
Uncontrolled Keywords: | Gerakan Persatuan Wanita (GPW); Gerakan sosial; Ugama; FELDA; Ekonomi |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 14 Jan 2020 07:39 |
Last Modified: | 14 Jan 2020 07:39 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10564 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |