Sistem kepercayaan bomoh dan teknik pengubatannya: Tumpuan khas kepada bomoh-bomoh Melayu / Nor Hayati Shafie

Nor Hayati , Shafie (1981) Sistem kepercayaan bomoh dan teknik pengubatannya: Tumpuan khas kepada bomoh-bomoh Melayu / Nor Hayati Shafie. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Pengkajian ini dilakukan di negeri Kedah di dalam tempoh masa lebih kurang dua setengah bulan. Pokok kajian yang dilakukan ialah mengenai sistem kepercayaan bomoh dan teknik-teknik pengubatannya. Temubual dilakukan ke atas tujuh orang resonden yang terdiri dari lima orang berbangsa Melayu, seorang berbangsa Thai dan seorang lagi berbangsa Tionghua. Tujuan mencampurkan bangsa-bangsa lain ke dalam kajian ini ialah untuk membuat perbandingan dari segi tafsiran persekitaran dan teknik-teknik pengubatan di antara keduanya. Dari bilangan tujuh orang responden ini, terdapat dua orang bidan. Di dalam konteks kajian ini, bidan dimasukkan ke dalam kategori bomoh kerana memandangkan kepelbagaian jenis penyakit yang diubatinya. Perbincangan dimulakan dengan melihat latar belakang bomoh dan tafsiran persekitarannya. Di dalam latar belakang dibincangkan secara ringkas latar belakang peribadi bomoh serta bagaimana bomoh memperolehi ilmu perbomohan. Dari segi sistem keprcayaan dan tafsiran persikitaran bomoh, pengkaji meletakan fokus perbincangan pada ‘nature’ manusia dan hubungannya dengan penyakit. Bahagian kedua pengkaji melihat jenis-jenis penyakit yang diubati serta cara-cara pengubatan mereka. Di sini, pengkaji cuba memberi perhatian khas pada teknik-teknik pengubatan yang dianggap unik seperti mimpi, menurun dan menggunakan barang-barang ganjil. Dari segi teknik perubatan ini, pengkaji juga cuba melihat bagaimana teknik-teknik perubatan bomoh disesuaikan dengan perubatan moden. Penyesuaian pada unsur-unsur baru ini mungkin telah menyebabkan insitusi bomoh ini berpanjangan. Pada bab yang terakhir, pengkaji memberi perhatian yang khusus pada bidan. Di sini, liputan mengenai perbidanan bukanlah dibuat secara terperinci kerana pokok perbincangan di dalam kajian ini ialah mengenai bomoh secara umum. Jadi, yang diberi perhatian di sini ialah mengenai hal-hal tertentu sahaja yang pengkaji rasa belum lagi disentuh oleh pengkaji-pengkaji lain. Hal-hal ini termasuklah seperti kepercayaan-kepercayaan yang terdapat diantara bidan dan pesakitnya, menentukan jantina bayi dan sebagainya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1980/1981.
    Uncontrolled Keywords: Bomoh; Perubatan tradisional; Perbidanan; Rawatan alternatif; makhluk ghaib
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 13 Jan 2020 03:49
    Last Modified: 13 Jan 2020 03:49
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10582

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item