Norma, Rameli (2000) Pakej Bantuan Pembelajaran Bagi Kanak-kanak / Norma Rameli. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Pakej Bantuan Pembelajaran Bagi Kanak-kanak Tadika(PBPKT) ini adalah merupakan satu alat bantuan yang dibangunkan dengan menggunakan perisian Director 7.0. Ia boleh menjadi alat perantara kepada para guru dan ibubapa untuk mendidik kanak-kanak dalam bentuk yang lebih menarik kerana ianya mempunyai pelbagai daya tarikan seperti bunyi, suara, gambar, animasi, lagu dan video bagi memudahkan kanak-kanak mertlahami apa yang hendak disampaikan. Selain itu juga mereka boleh berinteraksi dengan pakej ini. PBPKT ini mempunyai empat modul utama yang meliputi subjek seperti huruf, nombor, bentuk dan warna, yang mana subjek-subjek ini merupakan silibus bagi peringkat pra-sekolah. Pakej ini juga akan mendekati kanak-kanak secara psikologi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran tentang sifat dan tabiat kanak-kanak serta cara pendekatan yang terbaik bagi membolehkan pakej ini diterima dan digunakan dengan berkesan. Pakej ini dilarikan di dalam persekitaran Windows dan media akhir yang CD ROM(cakera padat) Diharap pakej ini dapat memberi banyak manafaat kepada kanak-kanak malah ia akan dapat mendedahkan kepada pembangun cara pembangunan perisian yang betul.
Actions (For repository staff only : Login required)