Ciri-ciri landskap linguistik di Kuil Batu Caves / Priangkah Tamodharan

Priangkah , Tamodharan (2019) Ciri-ciri landskap linguistik di Kuil Batu Caves / Priangkah Tamodharan. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (196Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (3435Kb) | Preview

      Abstract

      Kuil Batu Caves berperanan sebagai tempat pelancongan dan tempat beribadat penganut Hindu yang terkenal di Malaysia (Iskandar, 2017). Perayaan Thaipusam adalah perayaan yang disambut meriah di kuil Batu Caves dan perayaan ini merupakan hari kesyukuran penganut Hindu yang memberi penghormatan kepada Tuhan Muruga atau Subramaniam. Sambutan perayaan Thaipusam bukan sahaja menjadi popular dalam kalangan penganut malah ia juga terkenal menjadi aspek penting dalam industri pelancongan Malaysia. Walaupun kebanyakan lokasi di Kuil Batu Caves khususnya digunakan untuk aktiviti beribadat, tetapi terdapat juga tempat tertentu yang dibangunkan khas untuk aktiviti sukan, beriadah dan pelancongan (Wiens, 2012). Kasim (2011) pula mengkaji cerita-cerita berkaitan dengan agama yang telah berlaku pada masa dahulu digambarkan di Batu Caves dari segi lakaran di dinding gua berserta dengan patung-patung yang diukir di batu gua yang mengambarkan Batu Caves sebagai tempat ibadat. Beliau berhujah bahawa memahami kepentingan ajaran agama dalam kalangan penganut akan membantu untuk mengekalkan identiti sesuatu tempat ibadat. Selvaraju (2018), berpendapat bahawa mentranformasikan kuil Batu Caves sebagai tempat pelancongan menjadi satu isu negatif dalam kalangan India yang menganggap kedatangan para pelancong yang berlampau ke kuil akan menjejaskan identiti masyarakat India yang berfungsi sebagai tempat beribadat. Oleh itu, pengkaji memilih papan tanda yang terletak di tempat yang tinggi dengan tulisan atau gambar yang jelas dilihat oleh para pengunjung, untuk membincangkan sama ada kandungannya menjurus kepada komersial atau pemupukan kepercayaan agama. Kajian mengenai papan tanda yang tergolong dalam Landskap Linguistik (LL) menjadi tema utama kajian ini. Pengkaji telah membentuk dua objektif kajian. Objektif pertama ialah mengenal pasti jenis papan tanda yang terdapat di Kuil Batu Caves. Objektif yang kedua pula, membincangkan ciri papan tanda yang menunjukkan kuil Batu caves sebagai tempat beribadat dan tempat pelancongan. Kajian ini bersifat deskriptif yang menggunakan kaedah campuran. Sampel kajian ini adalah persampelan bertujuan yang terdiri daripada 82 gambar yang dikumpulkan dari kuil Batu Caves. Instrument kajian yang telah digunakan adalah pemerhatian, dan temubual. Pengkaji akan menganalisis data yang diperoleh secara berperingkat. Pada peringkat pertama, jenis papan tanda dikategorikan kepada komersial dan bukan komersial. Pada peringkat kedua pula, pendekatan deskriptif digunakan untuk membincangkan unsur linguistik yang terdapat dalam papan tanda yang terdapat di kuil Batu Caves berdasarkan prinsip penstrukturan yang telah diperkenalkan oleh Ben-Rafael (2009). Hasil kajian menunjukkan bahawa papan tanda komersial berperanan untuk mempromosikan barang dan perkhidmatan malah papan tanda bukan komersial pula, memberi maklumat kepada para pengunjung. Kebanyakkan papan tanda agama mempunyai ciri pelancongan di mana ia digunakan untuk tujuan komersial. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua ciri adalah seimbang.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Kuil batu caves; Landskap linguistik; Papan tanda; Tempat ibadat; Tempat pelancongan
      Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      N Fine Arts > NA Architecture
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 06 Jan 2020 08:25
      Last Modified: 18 Jan 2020 11:11
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10637

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item