Pembangunan semula kampung dan reaksi penduduk Kampung Morten / Bahari Harun

Bahari , Harun (1988) Pembangunan semula kampung dan reaksi penduduk Kampung Morten / Bahari Harun. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini merupakan satu penghuraian secara diskriptif mengenai proses pembandaran dan kesannya ke atas orang Melayu di Bandar Melaka. Seluruh latihan ilmiah ini dibahagikan kepada lima bab. Bab I menerangkan tentang latar belakang Bandar Melaka iaitu pertumbuhannya dari sebuah perkampungan nelayan yang mengalami pertumbuhan yang pesat hingga ditakluki oleh penjajah-penjajah barat yang akhirnya meninggalkan kesan latar bentuk ke atas Bandar Melaka. Melalui bab ini juga akan dilihat perkembangan bandar hingga membawa kepada masalah-masalah kekurangan Kawasan. Ekorannya menyebabkan pembangunan semula Kawasan bandar dilakukan yang melibatkan perkampungan orang-orang Melayu di bandar. Bab ini juga membicarakan konsep-konsep yang berkaitan. Bab II pula melihat latar belakang tempat kajian iaitu salah sebuah kampung yang ingin dibangunkan semula. Aspek yang dibicarakan dalam bab ini ialah sejarah pembukaan kampung tersebut, aspek-aspek kehidupan seperti masalah dan kemudahan-kemudahan yang terdapat dan dinikmati. Di samping itu, dalam bab ini juga akan menerangkan tentang cadangan projek yang dicadangkan untuk dijalankan. Bab III akan meninjau tentang kedudukan sosio-ekonomi penduduk tersebut. Aspek yang akan dilihat ialah pekerjaan, pendapatan, perbelaanjaan. Ini penting bagi menerangkan keputusan ataupun reaksi yang ditunjukkan terhadap projek yang dicadangkan. Bab IV akan menganalisa mengapa dan sebab satu-satunya reaksi itu diberikan. Ianya meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Akhirnya dalam bab V merupakan bab kesimpulan yang akan membicarakan keseluruhan kajian. Dalam bab ini juga pengkaji akan menyarankan cara untuk membangunkan kampung itu.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Kampung Morten; Pembangunan; Perkampungan nelayan; Sosio-ekonomi penduduk; Pendapatan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 Jan 2020 07:40
    Last Modified: 18 Jan 2020 11:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10650

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item