Kemiskinan di kalangan penduduk-penduduk di Kampung Cina Batu 17, Padang Rengas, Perak / Soong Wan Ying

Soong , Wan Ying (1988) Kemiskinan di kalangan penduduk-penduduk di Kampung Cina Batu 17, Padang Rengas, Perak / Soong Wan Ying. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dirujukan kepada kemiskinan di Kampung Cina Batu 17, Padang Rengas. Pada keseluruhannya, tulisan ini menkaji keadaan, sebab-sebab dan kesan-kesan kemiskinan. Dari penemuan-penemuan pengkaji, adalah didapati bahawa kadar kemiskinan di kalangan isi rumah tempat kajian adalah tinggi iaitu 35.5%. kemiskinan jika dilihat dari segi ekonomi adalah sangat dipengaruhi oleh masalah kekurangan tanah dan peluang pekerjaan di sekitar kawasan kajian. Di samping itu, dari segi kemudahan-kemudahan asas di Kampung Cina Batu 17, Padang Rengas ini amat kekurangan. Masalah kemiskinan telah membawa kesan-kesan kepada penduduk-penduduk kampung ini. Disebabkan kemiskinan, kebanyakkan penduduk hanya mencapai taraf pelajaran yang rendah. Kekurangan tanah dan peluang pekerjaan yang lain menyebabkan generasi muda terpaksa bermigrasi ke bandar untuk mencari nafkah. Sugguhpun demikian, kadar pengangguran adalah masih tinggi, iaitu 13.7% kerana peluang pekerjaan yang makin berkurangan di sekitar kampung. Akhir sekali, kemiskinan telah mengakibatkan lebih kurang separuh daripada jumlah isi rumah dalam kampung ini berhutang. Kesimpulannya, hasil kajian ini menyokong teori-teori kekurangan teknologi dan kapital, ketidaksamaan ekonomi dan sosial dalam menerangkan kemiskinan di kampung ini. Adalah didapati bahawa penambahan bilangan penduduk adalah separuh benar dalam penerangan kemiskinan. Sementara itu, teori ciri-ciri personaliti dan kebudayaan tidak dapat diaplikasikan dalam kajian ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Kemiskinan; Ekonomi penduduk; Peluang pekerjaan; Tanah; Budaya
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 Jan 2020 02:17
    Last Modified: 18 Jan 2020 11:02
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10652

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item