Kajian susulan graduan Sarjana Sains Maklumat dan Perpustakaan (MLIS) dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya 1997-2001 / Siti Suzana Abdul Rahman

Siti Suzana , Abdul Rahman (2002) Kajian susulan graduan Sarjana Sains Maklumat dan Perpustakaan (MLIS) dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya 1997-2001 / Siti Suzana Abdul Rahman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini mengkaji keberkesanan program Sarjana Sains Maklumat dan Perpustakaan, Universiti Malaya ke atas kerjaya dan aktiviti graduan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Fokus kajian adalah 49 graduan warga tempatan yang bergraduasi antara tahun 1997-2001. Tinjauan soal selidik dilakukan bagi menjawab persoalan mengenai sifat program dan sifat kerjaya serta pandangan graduan terhadap program. Penemuan mendapati 68% graduan bergraduasi pada tahun 1998. 59% adalah graduan perempuan dan selebihnya lelaki. Responden berlatar belakang pengajian dan pekerjaan yang pelbagai dan lebih 90% berasal dari institusi pengajian tinggi awam tempatan. 100% responden berjawatan tetap dalam lingkungan kerjaya sebagai pustakawan, pegawai pusat maklumat, guru, pensyarah dan pengurus. 66% bekerja dalam sektor perkhidmatan awam. 50% bekerja di institusi pengajian tinggi. Lebih kurang 96.1% berpuas hati dengan kerjaya dan 84.6% responden tidak bercadang bertukar kerjaya. Minat dan kesedaran meningkatkan profesionalisme menjadi sebab utama responden melanjutkan pengajian sarjana. Hanya 29.9% yang menganggotai persatuan profesional bidang sains maklumat dan perpustakaan. Penulisan ilmiah yang eprnah diterbitkan oleh responden kebanyakkannya daripada disertasi. 60% menyatakan kursus teras sangat releven dengan kerjaya mereka dan bergantung kepada jenis pekerjaan graduan. Penawaran kursus elektif yang lebih terkini dan pelbagai memberi peluang responden mempelajari bidang baru yang boleh dimanfaatkan alam dunia pekerjaan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.
    Uncontrolled Keywords: Sarjana Sains Maklumat dan Perpustakaan; Graduan; Persatuan profesional; Kerjaya; Pasaran kerja
    Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
    Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 Jan 2020 01:39
    Last Modified: 18 Jan 2020 11:02
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10653

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item