Sistem web fiqh pintar pengurusan jenazah / Sarulzila Azian Md Rahim

Sarulzila Azian, Md Rahim (2003) Sistem web fiqh pintar pengurusan jenazah / Sarulzila Azian Md Rahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (38Mb) | Preview

    Abstract

    Projek ini dijalankan bermula bulan Jun hingga bulan Februari 2003. Sistem yang dibangunkan adalah berkaitan pembangunan Sistem Web Fiqh Pintar yang berkisar tentang Pengurusan Jenazah. Sistem web ini dibangunkan bertujuan untuk memberi maklumat secara ilmiah dan praktikal tentang pengurusan jenazah, kematian dan persediaan untuk menghadapinya. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membina satu Sistem Web Pintar yang dapat menjawab pelbagai kemusykilan tentang pengurusan jenazah daripada para pengguna. Elemen kepintaran sistem dilihat dari sudut bagaimana sistem mampu berinteraksi dengan pengguna. Pelbagai maklumat tentang perkara- perkara berkaitan pengurusan jenazah disediakan khusus kepada para pengguna yang beragama Islam. Secara ringkas maklumat- maklumat yang akan dipaparkan adalah tentang adab- adab pesakit dan penziarah, proses penyelenggaraan jenazah iaitu proses permandian, proses pengkafanan, solat jenazah dan pengkebumian jenazah serta perkara- perkara selepas pengkebumian. Selain itu sistem ini menyediakan beberapa perkhidmatan bagi memudahkan pengguna menggunakan sistem ini seperti diskusi pintar, glosari, praktik imej dan maklum balas. Dalam membangunkan sistem ini, metodologi yang digunakan adalah pendekatan gabungan model Air Terjun dan model Prototaip yang terdiri daripada enam fasa iaitu fasa pemilihan dan perancangan, fasa analisis, rekabentuk, pelaksanaan, pengujian dan penyelenggaraan. Disamping itu, peralatan yang digunakan untuk membangunkan sistem ini dibahagikan mengikut spesifikasi perkakasan, spesifikasi perisian seperti Visual Basic dan spesikasi bahasa pengaturcaraan seperti bahasa HTML, ASP dan sebagainya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Web Fiqh Pintar; Pengurusan jenazah; Laman web; Pengurusan maklumat
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 03 May 2020 01:27
    Last Modified: 03 May 2020 01:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10654

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item