Kiosk informasi II festive food online / Nor Rahimah Abdul Rahim

Nor Rahimah, Abdul Rahim (2003) Kiosk informasi II festive food online / Nor Rahimah Abdul Rahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (30Mb) | Preview

    Abstract

    Laman web kiosk Festive Food Online merupakan satu laman web yang mengandungi informasi-informasi resepi perayaan masyarakat di Malaysia. Mengandungi ciri-ciri yang menarik seperti interaktif, mudah capaian, kebolehsediaan, mesra pengguna dan lain-lain lagi. Laporan ini akan menerangkan beberapa langkah yang telah dilaksanakan dalam pembangunan projek ini. Laporan ini dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama menerangkan pengenalan projek ini secara keseluruhannya. Bahagian ini termasuklah topik seperti tujuan projek, objektif projek, skop projek, sasaran pengguna dan penjadualan projek, Bahagian kedua laporan ini ialah kajian literasi. Dalam bahagian ini, beberapa topik yang relevan dengan projek ini telah dikupas untuk dianalisis dan untuk menambah pengetahuan daripada kajian laman web yang sedia ada Metodologi yang digunakan dalam pelaksanaan projek akan diterangkan dalam bab tiga laporan ini. Di sini, model prototaip pantas serta teknik pengumpulan maklumat dibincangkan, Bahagian ke empat laporan ialah analisa sistem. Bahagian ini mengandungi pengenalan, keperluan fungsian dan bukan fungsian, aliran data dalam rajah aliran data serta keperluan sistem. Bahagian kelima ialah rekabentuk sistem yang menghuraikan rekabentuk struktur sistem, rekabentuk pangkalan data, rekabentuk antaramuka pemgguna dan rekabentuk borang input. Bahagian keenam laporan ialah pelaksanaan sistem. Bahagian ini mengandungi pengenalan, persekitaran pembangunan projek, konfigurasi perkakasan dan perisian yang digunakan, peyediaan data, hubungan dengan pangkalan data dan pengkodan. Selain itu, perubahan daripada modul yang terdahulu yang telah dilakukan ke atas sistem yang telah dibangunkanjuga dibincangkan di sini. Bahagian ke tujuh ialah pengujian sistem. Bab ini membincangkan teknik pengujian yang digunakan dalam pembangunan sistem ini. Bab ini juga menerangkan proses pengujian yang biasa dijalankan oleh pembangun sistem. Bahagian ke lapan laporan ini ialah penilaian sistem dan perbincangan. Bab ini membincangkan kekuatan dan kelemahan sistem serta peningkatan di masa hadapan. Masalah yang timbul dan cara penyelesaian yang digunakan serta pengetahuan yang diperolehi daripada projek ini juga dibincangkan dalam bab ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Kiosk informasi; Pengurusan data; Capaian maklumat
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 25 Apr 2020 05:49
    Last Modified: 25 Apr 2020 05:49
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10655

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item