Muhammad Hakim , Kamal (2019) Analisis penggunaan Wāw ‘aṭf dalam Surah al Rūm / Muhammad Hakim Kamal. Masters thesis, University of Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (187Kb) | ||
| PDF (Thesis M.A) Download (1619Kb) | Preview |
Abstract
Wāw ‘aṭf merupakan salah satu topik perbahasan dalam bidang sintaksis Arab. Perbahasan topik ini menumpukan kepada partikel ‘aṭf, klausa sebelum partikel yang dikenali sebagai ma‘ṭūf ‘alayh dan klausa selepasnya yang dikenali sebagai ma‘ṭūf. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan wāw ‘aṭf dalam surah al-Rūm. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa wāw ‘aṭf yang mengandungi makna menghimpunkan semata-mata (الجَمْعُ المُطْلَقُ ) berkemungkinan mengandungi salah satu daripada makna berikut iaitu turutan ()التَّرْتِيبُ , turutan berlawan )التَّرتِيْبُ العَكْسِيُّ( atau bersama (المُصَاحَبَةُ ). Makna-makna ini dapat ditentukan sekiranya terdapat petanda (القَرِيْنَةُ ) yang menunjukkan kepada makna-makna berkenaan dalam sesuatu ayat. Disertasi ini secara khususnya mengkaji petanda makna wāw ‘aṭf, menghuraikan makna-makna yang terkandung di dalamnya serta merumus perkaitan elemen ‘aṭf iaitu antara ma‘ṭūf ‘alayh dengan ma‘ṭūf dalam surah al-Rūm. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif yang bersifat deskriptif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan teori makna wāw ‘aṭf oleh Ibn Hisyām (2013) dan teori wāw ‘aṭf oleh Ibn Qayyim (t.t). Dapatan kajian menunjukkan terdapat petanda masa, keadaan semula jadi, sebab, susunan, kemuliaan dan penemuan petanda makna wāw ‘aṭf yang baharu iaitu petanda keutamaan. Perkaitan antara ma‘ṭūf ‘alayh dengan ma‘ṭūf mengisyaratkan kepada kehalusan makna tertentu dalam surah al-Rūm. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak khususnya kepada pembaca al-Quran agar dapat mengetahui kehalusan makna yang terkandung di sebalik penggunaan wāw ‘aṭf sekaligus dapat memahami ayat dengan lebih menyeluruh dan terperinci.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Arabic syntax; Wāw ‘aṭf; Surah al-Rūm; Sign and meaning; Elemental affinity |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 06 Jan 2020 03:43 |
Last Modified: | 18 Jan 2020 10:44 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10680 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |