Status katalog di pusat sumber sekolah-sekolah menengah di Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan / Rohaya Mohamad Dahalan

Rohaya, Mohamad Dahalan (2004) Status katalog di pusat sumber sekolah-sekolah menengah di Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan / Rohaya Mohamad Dahalan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (552Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan mengetahui dengan lebih jelas mengenai status katalog di pusat sumber sekolah-sekolah menengah di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Seramai 28 (100%) orang guru-guru penyelaras pusat sumber sekolah menengah di daerah Klang telah bertindakbalas terhadap 37 soalan di dalam soal selidik tersebut. Data telah dianalisa menggunakan SPSS Version 11.0. Analisa kajian mendapati bahawa 75% responden sahaja yang mempunyai katalog di PSS mereka. Sejumlah 12 buah PSS mempunyai kad katalog, 3 buah PSS mempunyai katalog elektronik, 6 buah PSS mempunyai kedua-dua jenis katalog itu dan 7 buah PSS tiada mempunyai katalog. Bagaimanapun, hanya katalog elektronik sahaja yang digunakan untuk pencarian maklumat berdasarkan kenyataan 17.9% responden. Hasil kajian juga mendapati bahawa PSS telah menyediakan pelbagai jenis format katalog tradisional untuk digunakan. Kedua-dua jenis katalog yang dikaji telah disediakan mengikut peraturan AACR (35.7% untuk katalog tradisional dan 10.7% katalog elektronik). Kebanyakan PSS yang akan mengautomasi PSS mereka lebih meminati sistem Pustaka (28.6%) sebagai sistem pilihan. Antara masalah yang didapati pula ialah pengguna-pengguna PSS tidak menggunakan katalog untuk pencarian maklumat kerana mereka tidak tahu menggunakan katalog tradisional. Manakala katalog elektronik juga tidak dapat digunakan kerana guru-guru sendiri tidak tahu menggunakan katalog jenis ini, apatah lagi untuk melatih murid-murid untuk menggunakannya. Kajian juga telah mencadangkan beberapa bidang yang harus dikaji pada masa hadapan untuk perkembangan PSS dalam dunia pendidikan bestari.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004.
    Uncontrolled Keywords: Pusat sumber sekolah; Katalog elektronik; Katalog tradisional; AACR; Sains perpustakaan; Pengurusan maklumat
    Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 08 Jan 2020 02:32
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:34
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10721

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item