Sistem pengagihan pekerja projek / Afidah Kamaruddin

Afidah, Kamaruddin (2002) Sistem pengagihan pekerja projek / Afidah Kamaruddin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (26Mb) | Preview

    Abstract

    Melihatkan perkembangan syarikat-syarikat kejuruteraan di Malaysia memberikan idea untuk membangunkan satu sistem untuk membantu syarikat-syarikat ini. Sistem ini dinamakan Sistem Pengagihan Pekerja Projek (SPPP). Ia diperlukan oleh syarikat yang banyak mengendalikan projek-projek luar. Umpamanya syarikat kejuruteraan yang mengendalikan banyak projek-projek atau tender. Sistem ini membantu mengagihkan pekerja projek ke projek-projek tertentu dengan teratur dan sistematik. Disamping itu projek ini membenarkan pengguna melihat perjalanan sesuatu projek iaitu berapa lama projek ini berjalan dan siapakah pekerjanya serta siapa yang diperlukan oleh projek sedemikian rupa. Sistem ini juga memberi maklumat kepada bahagian pengarah projek atau pentadbiran jika sesuatu projek itu sudah hampir habis dan pekerjanya boleh diberi tugasan baru. SPPP ialah satu sistem yang menyimpan maklumat-maklumat pekerja, projek, sumber pekerja dan permintaan pekerja projek. Maklumat-maklumat ini adalah untuk memudahkan pengagihan pekerja-pekerja ke projek-projek tertentu dan mendapatkan sumber manusia untuk projek dari sumber-sumber tertentu. Dengan itu perjalanan projek akan menjadi lancar dan pekerja-pekerja sentiasa mempunyai tugasan selepas setiap kali selesai tugasan projek terdahulu. Secara tidak langsung meningkatkan produktiviti pekerja dan syarikat tersebut.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Pengagihan Pekerja Projek (SPPP); Syarikat-syarikat kejuruteraan; Pengendalian projek dan tender
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 24 Feb 2020 02:44
    Last Modified: 24 Feb 2020 02:44
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10756

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item