Reengineering of FSKTM (Financial Module System) / Ramah Mohd Noor

Ramah , Mohd Noor (2003) Reengineering of FSKTM (Financial Module System) / Ramah Mohd Noor. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan Ilmiah merupakan salah satu subjek yang wajib di ambil oleh setiap pelajar FSKTM. Latihan ini terdiri daripada Latihan Ilmiah 1 (WXES 3181) dan Latihan Ilmiah 2 (WXES 3182). Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar apa yang diperlukan dalam membangunkan sistem dan sebagai seorang pembangun sistem. Untuk merealisasikan projek ini, saya telah memilih tesis bertajuk 'Reengineering of FSKTM(Financial System Module)'di bawah selian En.Mohd Nor Ridzuan dan En. Woo Chaw Seng. Daripada kajian yang dilakukan, sistem kewangan sekarang hanya boleh dicapai oleh pihak pusat sahaja. Oleh itu, melalui projek ini ianya difokuskan kepada FSKTM sahaja. Sebelum sistem ini dibangunkan, satu kajian literasi telah dilakukan. Pencarian maklumat untuk sistem ini dilakukan dengan 3 cara iaitu melalui rujukan buku, laman web dan temuramah. Daripada carian maklumat telah ditemui beberapa konsep kejuruteraan semula. Kaedah metodologi yang digunakan adalah dengan mengunakan model prototaip pakai buang melalui pendekatan SDLC. Kaedah ini dipilih kerana ianya dapat disiapkan dalam masa yang cepat di samping dapat memahami isu-isu yang timbul. Daripada analisa yang dilakukan keperluan kefungsian terdiri daripada modul-modul yang perlu dalam sistem kewangan ini. Manakala keperluan bukan kefungsian melibatkan ciri-ciri penyempurnaan sistem seperti ramah pengguna, kawalan keselamatan dan masa. Keperluan perkakasan juga telah dikenalpasti, begitu juga dengan keperluan perisian iaitu dengan menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0 dan Microsoft Access 2000. Dalam membangunkan sistem, rekebentuk yang terlibat ialah rekabentuk struktur sistem, borang input, antaramuka pengguna dan rekabentuk pangkalan data. Senarai rujukan juga turut disertakan sekali di akhir laporan ini sebagai pengesahan bagi setiap sumber carian maklumat yang diperolehi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Financial Module System; Microsoft Visual Basic 6.0
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 24 Feb 2020 02:27
    Last Modified: 24 Feb 2020 02:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10768

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item