Pakej Pembelajaran Multimedia Rumahku / Kamilah Ani

Kamilah, Ani (2003) Pakej Pembelajaran Multimedia Rumahku / Kamilah Ani. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Projek Ilmiah Tahap Akhir merupakan satu kursus wajib bagi melengkapkan Sarjana Muda Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang diwajibkan kepada pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Ia merupakan satu latihan akademik yang memberi pendedahan kepada pelajar dalam penyelidikan, rekabentuk, pembangunan dan komunikasi yang melibatkan prinsip-prinsip sains komputer yang dipelajari. Projek yang saya bangunkan adalah satu perisian pendidikan untuk kanak- kanak pra sekolah yang berbentuk CD yang bertajuk Pakej Pembelajaran Multimedia Rumahku. Pakej Rumahku ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware dengan gabungan perisian grafik dan audio yang lain untuk menghasilkan satu persembahan pembelajaran yang menarik dan interaktif untuk kanak-kanak. Pakej Rumahku telah diadun dengan antaramuka yang berwarna-warni dan berlatarbelakangkan persekitaran dalam sebuah rumah yang comel, dibantu dengan pergerakan kartun animasi yang menghiburkan. Kandungan pakej ini memfokuskan pelajaran-pelajaran asas dan mudah diikuti iaitu mengenalkan nama-nama buah dan objek dalam bilik tidur serta mengaitkannya dengan warna, saiz, bentuk dan arab. Selain itu, ia turut memuatkan latihan dan permainan untuk menguji kefahaman selain mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan. Laporan dokumentasi ini menerangkan proses-proses yang terlibat dalam pembangunan pakej Rumahku. Kajian yang berkaitan telah dibuat terhadap perkembangan kanak-kanak serta pembelajaran mereka di peringkat pra sekolah. Segala keperluan sistem telah dikenalpasti dan sistem-sistem terdahulu telah dianalisis bagi meningkatkan kualaiti serta memenuhi kehendak pengguna. Ini penting agar pakej Rumahku ini dapat diterima pakai dan digunakan bagi menggantikan pembelajaran biasa dan meningkatkan pemahaman kanak-kanak akan benda-benda asas dengan lebih berkesan. Setelah mengambil semua aspek dan perancangan yang teliti, saya yakin kemampuan Pakej Rumahku mampu bersaing sebagai perisian pendidikan bermutu di pasaran tempatan kerana ia menggunakan arahan mudah dalam bahasa Melayu selain memberikan hiburan sambil belajar di kalangan kanak-kanak.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Pra sekolah; Perisian multimedia; Teknik pembelajaran; Interaktif
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 20 Jan 2020 08:01
    Last Modified: 20 Jan 2020 08:01
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10774

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item