Mikropemproses 32-Bit (Unit Kawalan) / Mohd. Izuan Md. Yusop

Mohd. Izuan, Md. Yusop (2003) Mikropemproses 32-Bit (Unit Kawalan) / Mohd. Izuan Md. Yusop. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (18Mb) | Preview

    Abstract

    Mikropemproses merupakan sebuah komponen yang penting di dalam sesebuah komputer. Fungsi bagi sesebuah mikropemproses adalah bergantung kepada senibina dalaman peranti tersebut. Di dalam sesebuah komputer, pembahagian tugas serta unit-unit operasi akan dibezakan dan ditentukan sendiri oleh mikropemproses. Selain daripada itu, mikropemproses atau unit pemprosesan pusat (CPU) juga merupakan satu komponen yang unik dalam senibina komputer. Keunikan sesebuah komputer dapat dilihat apabila keseluruhan CPU disatukan kepada satu pakej kecil iaitu pakej litar bersepadu (IC). Pakej kecil ini menyebabkan penjimatan dari segi saiz dan melibatkan kos yang murah. Sebelum ini, sesebuah mikropemproses itu dikatakan sebagai kurang ekonomik. Ini dapat dilihat melalui saiz dan kos yang terlibat di dalam pembangunannya. Akan tetapi disebabkan berlakunya revolusi dalam teknologi rekabentuk sistem komputer digital, apabila saiz yang lebih kecil dan kos yang lebih murah, pastinya memberikan kelebihan kepada perekabentuk untuk mereka sebuah struktur mikropemproses. Fungsi sesebuah mikropemproses bukan sahaja terhad dalam kegunaan umum sesebuah komputer atau sebagai unit pemproses di dalam sesuatu sistem yang istimewa. Aplikasi sesebuah mikropemproses dapat dilihat dengan lebih meluas dalam pelbagai kegunaaan kawalan trafik, kawalan ke atas sistem pencucuhan automobil dan aplikasi perniagaan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Teknologi; Mikromemproses; Kawalan trafik; Aplikasi perniagaan
    Subjects: T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 24 Dec 2019 08:01
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10791

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item