Tawarruq dalam pembiayaan mikro di Amanah Ikhtiar Malaysia: Analisis berdasarkan piawaian syariah, Bank Negara Malaysia / Mohamad Hafiz Ahmad Ali

Mohamad Hafiz, Ahmad Ali (2018) Tawarruq dalam pembiayaan mikro di Amanah Ikhtiar Malaysia: Analisis berdasarkan piawaian syariah, Bank Negara Malaysia / Mohamad Hafiz Ahmad Ali. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (2120Kb) | Preview

    Abstract

    Amanah Ikhtiar Malaysia adalah sebuah institusi pembiayaan mikro yang menawarkan pembiayaan kecil-kecilan kepada golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia. Pembiayaan mikro berkenaan mengamalkan kontrak tawarruq sebagai dasar transaksi. Namun begitu, pelaksanaan tawarruq di Malaysia dipertikaikan berasaskan standard piawaian Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) dan tawarruq didapati mempunyai hiyal sebagaimana bay„ al-„inah. Para pengkaji sebelum ini menjadikan piawaian Syariah AAOIFI sebagai rujukan disebabkan oleh ketiadaan peraturan khusus yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Biarpun piawaian AAOIFI buat masa ini masih relevan, namun, kini Malaysia telah memiliki standard piawaian Syariah tersendiri yang disusun dan diselia oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPSBNM). MPSBNM adalah badan autoriti fatwa yang amat memahami tentang situasi kewangan negara dan keberadaan piawaian tersebut merupakan keperluan yang mendesak serta sesuai dengan tuntutan zaman dan keadaan. Justeru, kajian ini menilai sejauh mana tawarruq yang dilaksanakan dalam pembiayaan mikro AIM menepati piawaian Syariah BNM. Lima aspek, iaitu ‟ijab qabul, komoditi, harga, perwakilan dan syarat pelaksanaan janji (wa„d) dijadikan sebagai asas penilaian untuk diselidiki bagi melihat keselarasannya melalui sebelas standard piawaian Syariah yang dipilih oleh penyelidik. Pembiayaan mikro AIM dalam kajian ini merujuk kepada Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) yang dijadikan sebagai kajian kes. Pengumpulan data dalam kajian diperoleh melalui tiga kaedah; iaitu dokumentasi, temu bual semi berstruktur dan pemerhatian tanpa penyertaan secara langsung. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS. ti 7 dan kaedah menganalisis data menggunakan empat kaedah, iaitu induktif, deduktif, komparatif dan triangulasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa SPI mengamalkan kontrak tawarruq secara terancang dan hasil daripada lima aspek yang dijadikan sebagai asas penilaian mendapati bahawa isu berkaitan harga dan komoditi tidak dapat dipenuhi dengan sempurna yang menyentuh tentang isu pendedahan harga dalam kontrak murabahah dan pendedahan komoditi kepada pelanggan. Kedua-dua isu ini menimbulkan permasalahan gharar yasir, namun tidak menjejaskan kelangsungan akad. Walau bagaimanapun, SPI masih mengekalkan hukum asal yang mengharuskan kontrak tawarruq yang didasari oleh kaedah istishab al-ibahah al-asliyyah dan makharij yang dibenarkan. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan penambahbaikan dalam SPI sedia ada, dengan pengaplikasian ibra‟, pemindaan teks “komoditi” dan penurunan kadar untung kepada golongan miskin. Beberapa saranan lain juga turut disertakan dalam kajian bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pembiayaan mikro Islam di AIM.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Amanah Ikhtiar Malaysia; Tawarruq; Pembiayaan mikro; Bank Negara Malaysia; Islamic Financial Institutions (AAOIFI)
    Subjects: H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 16 Jan 2020 03:19
    Last Modified: 15 Mar 2021 07:36
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10804

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item