Abdul , Ghaffar (1980) Ciri-ciri kehidupan sosio-ekonomi masyarakat Melayu Kampong Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka / Abdul Ghaffar. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Projek penyelidikan ini bertujuan untuk mendapatkan satu gambaran umum berhubung dengan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu Kampong Padang Sebang khusunya perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek-aspek sosio-ekonomi. Walaupaun terdapat keluarga-keluarga bukan Melayu, kajian ini hanya menyentuh masyarakat Melayu sahaja kerana hakikat bahawa ia merupakan satu kaum majoriti di tempat kajian. Seterusnya, penulis tidak menitikberatkan semua ciri kehidupan sosial dan ekonomi yang ditemui tetapi cuma aspek-aspek yang berkepentingan kepada masyarakat Melayu yang dikaji. Ini pun hanya secara umum sahaja dan bukannya dengan terperinci. Sebelum kajian ini, telah pernah juga dijalanankan usaha-usaha penyelidikan yang serupa di tempat kajian tetapi mereka lebih memusatkan perhatian terhadap aspek-aspek tertentu. Misalnya pernah dijalankan satu kajian oleh seorang mahasiswa UKM berhubung dengan peranan bomoh di kampong. Maka dengan hal yang demikian, usaha penulis untuk mendapatkan satu gambaran umum mengenai ciri-ciri kehidupan sosio-ekonomi masyarakat Melayu tempatan adalah satu usaha yang julung-julung dijalankan. Buku ini mengandungi 5 bab. Bab I merupakan pendahuluan kepada kajian dimana dibicarakan tentang tujuan kajian ini dijalankan, metode-metode yang digunakan serta masalah-masalah yang dialami sepanjang kajian. Bab II membicarakan Kampong Padang Sebang secara umum seperti keadaan ilmu alam, institusi-institusi sosio-ekonomi yang wujud, corak kepimpinan dan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan. Bab III dan IV pula lebih menitikberatkan penduduk kampong sendiri. Bab III membicarakan aktiviti-aktiviti ekonomi penduduk manakala bab IV pula menyentuh tentang aspek-aspek sosial mereka. Bab V adalah bab yang terakhir dan penutup bagi buku ini. Ia juga merupakan ringkasan dan kesimpulan bagi bab-bab sebelumnya.
Actions (For repository staff only : Login required)