Satu analisa sosiologi politik ke atas golongan kelas menengah di Malaysia (kajian kes di Terengganu) / Mohd Yussof Omar

Mohd Yussof , Omar (1989) Satu analisa sosiologi politik ke atas golongan kelas menengah di Malaysia (kajian kes di Terengganu) / Mohd Yussof Omar. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (7Mb) | Preview

    Abstract

    Secara umumnya kajian ini dilakukan untuk melihat dengan lebih dekat tentang kelas menengah di Terengganu. Ia juga meliputi peranan-peranan golongan menengah dalam masyarakat dan juga gaya hidup mereka dalam masyarakat. Untuk melihat dengan lebih terperinci, pengkaji telah membahagikan kajian ini kepada 6 bab. Bab I merupakan pendahuluan yang dijadikan pengantar kepada kajian ini. Ia meliputi bidang kajian, kaedah kajian dan juga masalah-masalah kajian. Bab II pula menerangkan klasifikasi definisi serta konsep kelas menengah. Definisi yang diberikan oleh pengkaji terdahulu dan kini mengenai kelas menengah. Bab III telah membuat analisa politik di Terengganu dalam tahun-tahun 1980an. Bab ini ditulis untuk melihat pandangan serta keterlibatan golongan menengah di arena politik Terengganu. Bab IV merupakan penerusan daripada bab ke tiga di mana pengkaji menganalisa dengan lebih mendalam terhadap pandangan serta peraanan mereka melalui borang soal selidik yang dikemukakan kepada responden. Bab V pengkaji menerangkan sikap kelas menengah dan peribadinya mengenai politik yang meliputi parti kerajaan yang memerintah dan parti pembangkang. Bab ke VI pula merupakan bab yang terakhir. Pengkaji telah menyimpulkan beberapa pandangan dari hasil kajian yang dijalankan serta mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan perlu untuk kelas menengah agar mereka lebih berperanan kepada masyarakat dan seluruhnya kepada negara.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.
    Uncontrolled Keywords: Politik; Golongan kelas menengah; Parti kerajaan; Gaya hidup
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HM Sociology
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 01 Mar 2020 03:06
    Last Modified: 01 Mar 2020 03:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10839

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item