Direktori subjek untuk sains komputer dan teknologi maklumat / Sarifazura Mohammad Isa

Sarifazura, Mohammad Isa (2004) Direktori subjek untuk sains komputer dan teknologi maklumat / Sarifazura Mohammad Isa. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (29Mb) | Preview

    Abstract

    Secara amnya, Projek Ilmiah 1 ini merangkumi bahagian pengenalan, Kajian Kepustakaan, Metodologi dan Analisa Sistem serta Rekabentuk bagi projek saya iaitu Direktori Subjek untuk Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Pada bahagian Pengenalan saya telah mendifinasikan masalah, menyatakan objektif dan menerangkan skop serta perancangan bagi menjayakan projek ilmiah 1 ini. Pada bahagian Kajian Kepustakaan pula, penganalisaan telah dijalankan ke atas direktori subjek yang terdahulu dan sedia ada untuk mengkaji permasalahan dan mendapatkan kefahaman yang menyeluruh terhadap sistem yang bakal dibangunkan sebelum projek dilaksanakan. Dalam bahagian Metodologi pula, saya telah membuat kajian mendalam tentang model dan teknik yang akan digunakan untuk membina direktori subjek iaitu model Air Terjun termasuklah mengenalpasti kelebihannya. Disampung itu, saya juga menerangkan tentang cara penyelidikan yang telah saya jalankan bagi mendapatkan maklumat yang secukupnya yang berkaitan dengan direktori subjek seperti melayari Internet, temubual dan pembacaan. Kajian juga telah dibuat terhadap keperluan fungsian bukan fungsian serta perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk membina Direktori Subjek untuk Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ini. Pemilihan perisian yang baik akan menentukan keberkesanan direktori subjek yang akan dibina kelak. Pada bahagian akhir bagi projek ilmiah 1 ini, iaitu Rekabentuk Sistem, saya telah membangunkan beberapa rekabentuk yang perlu diambil kira seperti rekabentuk antaramuka dan rekabentuk pengkalan data yang terlibat dalam direktori subjek saya supaya pengguna dapat melihat gambaran dengan lebih jelas tentang bagaimana direktori subjek berfungsi sepenuhnya selari dengan direktori subjek lain yang seterusnya secara tidak langsung menyumbang maklumat yang berguna kepada pengguna.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
    Uncontrolled Keywords: Direktori subjek; Sains komputer; Pengurusan maklumat; Pengkalan data
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 03 May 2020 01:24
    Last Modified: 03 May 2020 01:24
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10841

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item