Sistem tempahan mesin (equipment booking registration system) / Teoh Chiou Yee

Teoh, Chiou Yee (2003) Sistem tempahan mesin (equipment booking registration system) / Teoh Chiou Yee. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (26Mb) | Preview

    Abstract

    Projek Ilmiah Tahap Akhir II (WXES3182) adalah salah satu tugasan yang mesti dijalankan oleh pelajar-pelajar sebelum menarnatkan pengajian di Universiti Malaya. Saya akan rnenubuhkan satu sistem berkornputer yang bertajuk Sistem Tempahan Mesin (Equipment Booking Registration System) yang menggunakan MS Access sebagai alatan pembinaannya. Sistem Tempahan Mesin ini ditubuhkan untuk menyelesaikan beberapa masalah dan kekangan yang wujud dalam sistem manual. Masalah dan kekangan yang wujud dalarn sistem manual ialah seperti berikut: Pendaftaran Tempahan Mesin, Sebelum adanya sistem berkomputer ini, pengguna dikehendaki memeriksa kesediaadaan sesebuah mesin sebelum mendaftar sesuatu ujian yang akan menggunakan mesin tersebut. Langkah ini adalah untuk memastikan sarna ada mesin tersebut sedang digunakan oleh pengguna lain. Tetapi, dengan adanya sistem berkomputer ini, masalah pendaftaran tempahan mesin ini boleh diselesaikan. Pengguna hanya perlu memasukkan maklumat seperti tarikh dan masa penggunaan mesin, jenis mesin semasa mendaftar dalarn Borang Pendaftaran (Test Result Registration). Jika tiada perlanggaran masa (crash time), maka pendaftaran tempahan diluluskan. Sebaliknya, jika perlanggaran masa berlaku, maka pendaftaran tempahan tidak dibenarkan. Satu jadual tempahan mesin akan dipaparkan, pengguna dikehendaki menukarkan tarikh dan masa tempahan dengan merujuk kepada jadual yang terpapar. Penjanaan Laporan Ujian (Test Result) Sebelum adanya sistem berkomputer tm , pihak pengguna dikehendaki menyediakan Iaporan UJtan dengan menaip sendiri dengan menggunakan MS Word. Kini, dengan adanya Sistem Tempahan Mesin (Equipment Booking Registration System), masalah ini akan dapat diselesaikan. Hal ini kerana sistem ini akan menjanakan Laporan ujian secara automatik. Pengguna hanya perlu mengklikkan butang Print Test Result dalam Borang Pendaftaran (Test Result Registration), maka Iaporan ujian ini boleh dihasilkan. Penjanaan Laporan Bulanan Dan Tahunan Sistem berkomputer ini boleh mencipta laporan bulanan dan tahunan berdasarkan maklumat-maklumat yang dimasukkan. Laporan-laporan tersebut boleh dihasilkan mengikut Jenis Mesin dan Projek No. Dengan adanya laporan-laporan ini, pihak pengurusan boleh membuat analisis tentang kadar tempahan sesebuah mesin, kadar penggunaan mesin bulanan dan tahunan. Selain itu, laporan-laporan ini akan dicetakkan untuk disimpankan ke dalam fail. Laporan-laporan ini juga diperlukan untuk membuat analisis tentang pencapaian dan kemajuan sesuatu ujian dalam syarikat itu. Secara ringkasnya, Sistem Tempahan Mesin (Equipment Booking Registration System) ini ditubuhkan dengan tujuan utamanya ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah dan kekangan-kekangan yang wujud dalam sistem manual. Sebelum perlaksanaannya, sistem ini akan diuji berulang kali untuk memastikannya memenuhi syarat dan objektif pembinaannya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem tempahan mesin; Sistem manual
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 01 Mar 2020 02:30
    Last Modified: 01 Mar 2020 02:30
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10864

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item