Wanita dan risiko kesihatan: Kajian kesedaran wanita terhadap kepentingan produk takaful wanita / Nor Hanani Ahmad

Nor Hanani , Ahmad (2018) Wanita dan risiko kesihatan: Kajian kesedaran wanita terhadap kepentingan produk takaful wanita / Nor Hanani Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1924Kb) | Preview

    Abstract

    Wanita dengan risiko kesihatan merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dijangka kemungkinan akan berlaku tanpa mengira peringkat umur wanita. Penawaran produk takaful wanita oleh beberapa pengendali takaful terpilih merupakan suatu wasilah yang membantu wanita dalam membuat persediaan dari segi kewangan dan perlindungan kesihatan. Kajian ini membincangkan kepelbagaian risiko kesihatan wanita yang dikaitkan dengan manfaat penawaran produk takaful wanita. Selain itu, kajian ini turut membincangkan bagaimana kesedaran wanita terhadap kepentingan produk takaful wanita dalam menyediakan perlindungan penyakit khusus wanita dan perlindungan kewangan. Kaedah campuran telah digunakan dalam kajian ini termasuk dokumentasi, temu bual dan soal selidik bagi proses pengumpulan data. Data yang difokuskan adalah berkaitan dengan risiko kesihatan wanita, faktor penawaran produk takaful wanita dan kesedaran wanita terhadap kepentingan produk-produk ini. Bagi penganalisaan data, kaedah analisis tematik digunakan bagi data temu bual. Manakala data bagi soal selidik telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati wanita lebih terdedah kepada risiko kesihatan yang berkait dengan penyakit khusus seperti kanser, komplikasi kehamilan, komplikasi kelahiran dan sebagainya. Hasil kajian juga mendapati, objektif penawaran produk takaful wanita memberi kesan positif kepada pengendali takaful dan peserta. Bahkan, wanita yang memiliki produk takaful wanita prihatin terhadap kepentingan produk ini dengan menjadikan penyakit khusus wanita sebagai pilihan utama manfaat perlindungan yang diperlukan. Penyelidik merumuskan bahawa penawaran produk takaful wanita ini membolehkan wanita mendapat akses perkhidmatan kesihatan dan jaminan kewangan yang memenuhi keperluan kesejahteraan hidup wanita.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Wanita; Risiko kesihatan; Kesedaran wanita; Produk takaful wanita; Kesihatan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 03 Feb 2020 02:17
    Last Modified: 06 May 2021 01:02
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10872

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item