Nur Kamilah , Kamaruddin (2018) Analisis amalan Lotus Birth menurut perspektif hukum Islam / Nur Kamilah Kamaruddin. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Thesis M.A) Download (1574Kb) | Preview |
Abstract
Dewasa ini, wujud pelbagai amalan dalam masyarakat yang melibatkan proses kelahiran bayi, antaranya adalah pengurusan tali pusat dan plasenta. Ia melibatkan amalan yang bersumberkan ajaran agama, tradisi setempat dan juga perubatan moden. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan tentang analisis amalan lotus birth dan amalan pengurusan plasenta dalam masyarakat menurut perspektif hukum Islam. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan temu bual. Data-data yang dikumpulkan dianalisis kandungannya secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa hukum amalan lotus birth adalah haram kerana hukum memotong tali pusat adalah wajib dan amalan lotus birth tidak mendatangkan manfaat secara khusus kepada bayi malah mendedahkan bayi dan ibu kepada risiko morbiditi dan mortaliti. Kajian ini juga mendapati sebahagian daripada amalan pengurusan plasenta dalam tradisi masyarakat adalah bercanggah dengan syariat Islam.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018. |
Uncontrolled Keywords: | Plasenta; Lotus birth; Morbiditi dan mortaliti; Pseudo-sains; Tradisi kelahiran |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 10 Feb 2020 04:40 |
Last Modified: | 10 Feb 2020 04:40 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10877 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |